DAY 4 : UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) PENGAMBILAN S1 PEMBANTU BELIA DAN SUKAN KBS

PAROI; 10 September 2026 : Seramai 80 lagi orang calon (sesi pagi dan petang) bagi pengambilan Pembantu Belia dan Sukan Gred 1 KBS telah hadir ke KOMBES Paroi bagi sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangssan (UKJK) Zon Tengah. Sebagai makluman, UKJK perlu dilaksanakan kepada 208 orang calon pada 10 September 2026 dibawah seliaan BPSM KBS dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon telah diuji dengan pendekatan UKJK yang melibatkan komponen BMI, Handrips, Sit @Reach, Sit Up 1 min dan Bleep Test 20 Meter Semua calon telah menunjukkan semangat yang tinggi dan jiwa mencuba sedaya upaya dalam melengkapkan semua komponen. Terima kasih kepada semua calon yang telah memberikan kerjasama cukup baik sepanjang sesi berlangsung sehingga selesai tanpa melibatkan sebarang kecederaan. Barisan Penguji UKJK telah diketuai oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan bersama Pegawai Pegawai-pegawai JBS Negeri Sembilan dan APBM Port Dickson. Turut hadir bersama membantu selaku penguji iaitu Encik Ahmad Taufiq, Encik Nordin dan En SairulBahri dari Cawangan Pembangunan Sukan OKU KBS. Sekalung penghargaan kepada semua penguji yang telah melancarkan sesi UKJK tersebut. Semoga berjumpa kembali pada kelainan masa. Semoga berjaya kepada semua calon dan didaoakan agar calon-calon akan ditawarkan Pembantu Belia dan Sukan S1.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#JBSNBersama
#UAKKS1
#beliasukan
#MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
Rakan Muda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search