- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
PROGRAM YOUNG HEROES @ RAKAN MAHIR PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
Kuala Pilah, 4 September 2026- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) telah selesai melaksanakan Program Young Heroes @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 dengan jayanya dari 1 - 4 September 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif pembangunan kompetensi kepada pemerkasaan belia melalui pembinaan kemahiran kreatif, kerja berasaskan projek, penyertaan dalam ekonomi gig serta penglibatan dalam industri kandungan digital dan kreatif. Ia selaras dengan
Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang menekankan pemerkasaan belia dalam ekonomi baharu, termasuk memperluaskan peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran serta penglibatan belia dalam industri digital dan ekonomi kreatif sebagai sebahagian daripada
strategi sosioekonomi negara.
Majlis Perasmian Penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Fazulia binti Zulkifli, Pengarah Cawangan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negera. Turut hadir bersama-sama, Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Mohd Khalil bin Saleh, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) selaku ketua panel dan Ir. Shamsul Ambia bin Mat Daud, Pengerusi Persatuan Youtuber Malaysia selaku penceramah.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan kesedaran tentang ekonomi jingga dan potensi sektor kreatif serta memperkasa kemahiran kreatif dan digital belia. Semoga segala input yang telah disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta disebarluaskan kepada belia-belia yang lain agar kesinambungannya dapat diteruskan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #jbsn9
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my
KBSMalaysia
JBSNegara
