DAY 1 : UJIAN ASAS KEUPAYAAN KECERGASAN (UAKK) PENGAMBILAN S1 KBS

PAROI; 07 September 2026 : Seramai 25 orang calon kategori OKU (sesi pagi dan petang) bagi pengambilan Pembantu Belia dan Sukan Gred 1 KBS telah menhadirkan diri ke KOMBES Paroi bagi sesi Ujian Asas Keupayaan Kecergasan (UAKK) Zon Tengah. Sebagai makluman, UAKK perlu dilaksanakan kepada 50 orang calon pada 07 September 2026 sahaja dibawah seliaan BPSM KBS dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon telah diuji dengan pendekatan UAKK yang melibatkan komponen BMI, Ketangkasan 505, Lompat Jauh Berdiri, Lontaran Bola, Larian 20 Meter dan Keseimbangan. Semua calon telah menunjukkan semangat yng tinggi dalam melengkapkan semua komponen. Terima kasih kepada semua calon yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang sesi berlangsung sehingga selesai tanpa melibatkan sebarang kecederaan. Barisan Penguji UAKK telah diketuai oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan bersama Pegawai OKU dan Pegawai-pegawai JBS Negeri Sembilan. Turut hadir bersama iaitu Encik Ahmad Taufik bin Abd Rahim dan Pegawai-Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan OKU KBS. Sebagai penguji, kita sangat menghargai usaha dan komitmen calon OKU untuk hadir dan menyertai sesi UAKK..Sekalung penghargaan kepada semua penguji yang telah melancarkan sesi UAKK tersebut. Semoga berjumpa kembali pada kelainan masa. Semoga berjaya kepada semua calon.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#JBSNBersama
#UAKKS1
#beliasukan
#MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
Rakan Muda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search