MESYUARAT PENYELARASAN AKTVITI HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT N9

PAROI; 11 September 2026 : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sambutan HSN 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1 bersama 16 Persatuan dan Kelab yang mana mereka akan membantu penganjuran program sempena HSN pada 10 Oktober 2026 akan datang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBSN9 bersama Encik Hably Hijazi (Pegawai Projek HSN), Pn Suhana binti DaralSalam (Pegawai Kecergasan), Cik Nur Akmal binti Anuar (Pegawai Rekreasi) dan Encik Nor Faizal bin Nordin (POKU) JBSN9 serta Cik Nornisha dari PBSD Seremban. Kehadiran mesyuarat adalah dari Persatuan Senamrobik N9, Persatuan Pushbike Pro N9, Nismilan Atheletic Club, NSPA (pickerball), NSWFA (walking football), NSEA (esport), PESTAN (takraw), NS DCL Club (football), N9 Scorpion Club (pingpong), KEG (aerobic), N9 Netball Dragonite dan lain-lain kelab penganjuran acara. Semua persatuan/kelab ini telah merangka aktiviti sukan bersesuaian yang akan memberi impak maksima bagi menggalakkan penyertaan menyeluruh rakyat Negeri Sembilan sempena HSN N9 nanti. Satu lagi tarikan menarik semasa HSN N9 nanti adalah Segmen Sukan Permotoran dan aksi kereta drift yang akan menyajikan suasana berbeza. Sambutan HSN 2026 N9 akan dimulakan dengan Sesi Pelepasan Larian Ria Madani dan Berjalan Ria Madani oleh YAB MBN9 dan dilengkapkan pengisian sepanjang hari dengan lebih 30 aktiviti yang menarik termasuklah pameran agensi dan sektor industri sukan. Adalah diharapkan agar segala perancangan setiap aktiviti akan berjalan dengan lancar dan memeriahkan lagi sambutan HSN N9 2026, InshaAllah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#harisukannegara
#sportingnation
#kecerdasanbuatan
#KBSMalaysia
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search