- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 6
DAY 2 : UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) PENGAMBILAN S1 KBS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 6
Paroi; 08 September 2026 : Seramai 96 orang calon (sesi pagi dan petang) bagi pengambilan Pembantu Belia dan Sukan Gred 1 KBS telah hadir ke KOMBES Paroi bagi sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangssan (UKJK) Zon Tengah. Sebagai makluman, UKJK perlu dilaksanakan kepada 208 orang calon pada 08 September 2026 sahaja dibawah seliaan BPSM KBS dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Calon-calon telah diuji dengan pendekatan UKJK yang melibatkan komponen BMI, Handrips, Sit @Reach, Sit Up 1 min dan Bleep Test 20 Meter Semua calon telah menunjukkan semangat dan jiwa yang bertenaga dalam melengkapkan semua komponen. Terima kasih kepada semua calon yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang sesi berlangsung sehingga selesai tanpa melibatkan sebarang kecederaan. Barisan Penguji UKJK telah diketuai oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan bersama Pegawai Pegawai-pegawai JBS Negeri Sembilan dan APBM Port Dickson. Turut hadir bersama selaku penguji iaitu En Nordin dan En SaifulBahri dari Cawangan Pembangunan Sukan OKU KBS. Sekalung penghargaan kepada semua penguji yang telah melancarkan sesi UKJK tersebut. Semoga berjumpa kembali pada kelainan masa. Semoga berjaya kepada semua calon.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#JBSNBersama
#UAKKS1
#beliasukan
#MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
