- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
PROGRAM MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI PERINGKAT DAERAH REMBAU SIRI 1 TAHUN 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
REMBAU, 16 Oktober 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau telah membuka siri penganjuran Program Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Rembau Tahun 2026 bertempat di Dewan Utama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Senamrobik Aura Sihat dan melibatkan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar serta kakitangan IKTBN Chembong.
Program ini diisi dengan aktiviti senamrobik yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh bertenaga. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat, khususnya golongan belia, dalam aktiviti fizikal serta memupuk kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.
Diharapkan pelaksanaan Program Malaysia Aktif@Komuniti ini dapat terus menyemarakkan budaya hidup aktif dalam kalangan komuniti setempat serta menjadikan aktiviti fizikal sebagai amalan berterusan ke arah melahirkan masyarakat yang lebih sihat, cergas dan sejahtera.
#RembauAktif
