- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 3
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2026 DAERAH SEREMBAN (SIRI 1) MEMUPUK GAYA HIDUP CERGAS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 3
SEREMBAN, 17 OKTOBER 2026 – Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @Komuniti 2026 Daerah Seremban(Siri 1) bertempat di Bengkel Seri Sembilan, Batu 8, Seremban. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah dihadiri dan disertai oleh seramai 50 orang peserta tempatan.
Penganjuran program ini turut mendapat sokongan padu daripada rakan kerjasama, iaitu Kelab Senamrobik Lindalin sebagai Rakan Strategik dan Kelab Senamrobik Sihat Harmoni selaku Rakan Pengelola.
Objektif utama Program Malaysia Aktif @Komuniti ini dilaksanakan adalah sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat. Di samping itu, ia bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan menjalani gaya hidup yang aktif, cergas, dan sihat secara konsisten.
Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah Tuan Hj Harun ArRrashid bin Hj Mohd Ibrahim, Pengurus Bengkel Seri Sembilan dan Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan strategik serta seluruh peserta yang memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha murni ini terus memacu kelestarian budaya sukan dan kecergasan dalam kalangan masyarakat.
"Masyarakat Aktif, Negara Sihat"
#MalaysiaMADANI
@Komuniti2026
#PBSDSEREMBAN
#TEAMJBSN9
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
