Gemas, 25 Januari 2025 (Sabtu) – Julung kalinya telah diadakan Kejohanan Muay Thai Piala Y.T.M Undang Luak Johol 2025 bertempat di Dewan Besar Gemas anjuran Bullets Muaythai Club dengan kerjasama Balai Rasmi Undang Luak Johol dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin. Nama kejohanan ini juga menempa keunikan tersendiri setelah mendapat perkenan sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang Teramat Mulia Dato’Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’Haji Muhammed bin Haji Abdullah D.T.N.S, A.N.S, P.M.C, P.J.K, Undang Luak Johol yang ke-59. Sebanyak 110 pertembungan antara petarung melibatkan 13 kategori pro dan selebihnya kategori amatur sepanjang dua hari kejohanan bermula pada hari ini. Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YB Dato’Isam bin Haji Mohd Isa, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Turut hadir memeriahkan majlis adalah En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Abdul Rifaat bin Abd Karim, Pengerusi Bullets Muaythai Club. Kehadiran pengunjung terutamanya masyarakat Gemas amat dialu-alukan bagi memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan yang bakal disempurnakan sendiri oleh Y.T.M Undang Luak Johol pada jam 8.30 malam esok. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNbersama #rakanmuda #teampbsdtampin
KLINIK LATIHAN ASAS SUKAN DAN REKREASI (ROPES COURSE & ORIENTEERING) KELAB RAKAN MUDA TAMPIN 2025 Tampin, 25 Januari 2025 (Sabtu) – Tahniah diucapkan kepada Kelab Rakan Muda Pekan Tampin atas kejayaan menganjurkan Klinik Latihan Asas Sukan dan Rekreasi pada hari ini bertempat di Tampin Eco Extreme Park melibat bukan sahaja ahli kelab, malahan telah mendapat penyertaan luar daripada daerah ini. Selain daripada pengusaha tapak sukan lasak ini, pengurusan kelab juga bekerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Majlis Daerah Tampin dan Majlis Belia Daerah Tampin dalam memastikan segala perancangan awal yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik. Ini merupakan program kedua selepas cemerlang mengadakan Kursus Asas Penyelamatan Dalam Air pada Oktober 2024 yang lepas semenjak penubuhan kelab tersebut dipertengahan tahun yang sama. Antara pengisian aktiviti yang telah dilaksanakan adalah memanjat dan menuruni tebing batu (rock climbing and abseiling) serta asas pandu arah (orienteering). Selain itu, kehadiran peminat sukan kawalan jauh (RC Remote Control – Drift) juga berjaya menghangatkan lagi suasana persekitaran dan pengunjung. Program diserikan lagi dengan kehadiran YB Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan seterusnya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan lewat petang tadi. Turut hadir, En. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin (Pengarah JBS Negeri Sembilan), DSP Mohd Ali Hanafiah bin Hashim (Timb. Ketua Polis Daerah Tampin), PPgB Mohd Zayyid bin Zakaria (Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin), Dr. Mohd Nasir bin Abd Rahim (CEO Tampin Eco Extreme & Water Theme Park), En. Shamsul bin Yahya (wakil Ahli Parlimen Kawasan Tampin), Pn. Wan Zulaika binti Hj Kahar (Belia Harapan Daerah Tampin) dan En. Zarif Ashraf bin Norazmi (Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin). Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (Tampin, Gemencheh, Gemas dan Teluk Kemang) dan jurulatih rekreasi luar yang telah membantu kelancaran aktiviti pada hari ini. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNbersama #rakanmuda #teampbsdtampin
- 21 - 23 Januari 2024 - KOMBES Negeri Sembilan Para pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menyertai Kursus Asas Sukan 2025 sempena pemilihan peserta untuk mewakili kontinjen Negeri Sembilan ke Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP) yang akan berlangsung pada 8 Februari 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor. SUKMEP merupakan program sukan muhibbah melibatkan 6 kontinjen daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Selangor, WP Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Melaka. Sebanyak 7 acara sukan akan dipertandingkan iaitu Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Pickleball, Ping Pong, Karom, Tarik Tali dan Olahraga. Program Kursus Asas Sukan kali ini adalah inisiatif dan anjuran bersama JBS Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Warga JBS Negeri Sembilan (WARIS). Cergas Bersama #MalaysiaMADANI #JBSNKomited #kelabwaris #teamjbsn9 #fypシ゚viralシ
Seremban, 20 Januari 2025 - Majlis Penyampaian Insentif Para Sukma XXI Sarawak 2024 telah selesai diadakan di Dewan Ballroom Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan pasukan catur Para Negeri Sembilan menjadi kumpulan tertinggi menerima insentif kecemerlangan berjumlah keseluruhan RM80,000 selepas mencatat pencapaian terbaik pada temasya Para Sukma Ke-21 Sarawak 2024. Seramai 13 atlet catur yang bersaing dalam temasya berkenaan menerima insentif antara RM2,000 hingga RM11,000 berdasarkan pencapaian pingat masing-masing sumbangan kerajaan negeri. Catur menyumbang dua pingat emas, masing-masing lapan perak dan lapan gangsa manakala pasukan boling padang pula menerima insentif kedua tertinggi sebanyak RM48,500, selepas meraih tiga emas, masing-masing empat perak dan empat pingat gangsa. Pasukan Powerlifting pula menerima insentif sebanyak RM41,500 hasil kutipan empat pingat emas, tiga perak dan dua gangsa diikuti pasukan olahraga yang menerima sebanyak RM28,500 selepas membawa pulang tiga emas, satu perak dan dua gangsa. Pasukan renang meraih RM24,000 selepas mengutip dua emas, satu perak dan dua gangsa manakala pasukan ping pong menerima sebanyak RM12,000 dengan kutipan satu pingat perak dan dua gangsa. Turut tidak ketinggalan menerima insentif berkenaan ialah pasukan badminton yang menerima sebanyak RM7,000 menerusi kutipan satu pingat perak. Atlet renang, Aleeya Farisya Faizul Rizal menjadi penerima insentif tertinggi berjumlah RM19,000 hasil kejayaan merangkul dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa selain mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 200 meter gaya bebas. Pencapaian kontinjen Negeri Sembilan pada temasya Para Sukma 2024 menunjukkan peningkatan apabila berjaya membawa pulang keseluruhan 53 pingat membabitkan 14 emas, 19 perak dan 20 gangsa untuk menduduki tempat kelapan. "Prestasi itu berbeza dengan pencapaian atlet pada temasya Para Sukma 2022 di Kuala Lumpur yang membawa pulang 35 pingat membabitkan 14 emas, 11 perak dan 10 gangsa. Majlis penyampaian insentif telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir dalam majlis tersebut YB Dato' Haji Mustapha bin Nagoor Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato' Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita. Keluarga dan Masyarakat, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Ketua-ketua Jabatan, atlet para sukma Negeri Sembilan, ahli keluarga atlet, pegawai-pegawai kontinjen dan tetamu jemputan.
15 Januari 2025, Tampin - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program KLAS Sukan Mendaki dan Orienteering Kelab Rakan Muda Pekan Tampin telah diadakan di Bilik Mesyuarat PBSD Tampin. Program ini akan dilaksanakan pada 25 Februari 2025 bertempat di Tampin Extreme Park. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin bagi penyelarasan gerak kerja yang telah dirancang. Semoga program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
- Seremban - 6 Januari 2025 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) dengan sukacitanya telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Penjara Malaysia (Negeri Sembilan) yang diketuai oleh Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKK Ahmad Mustaqim Che Bisi. Sesi yang berlangsung pada 6 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, menjadi platform untuk perbincangan strategik antara kedua-dua agensi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBSNS yang mengalu-alukan kehadiran delegasi Jabatan Penjara Malaysia (Negeri Sembilan). Turut hadir bagi pihak JBSNS adalah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBSNS, En. Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah JBSNS, Encik Zulfadli Ahmad selaku Pegawai Rakan Muda JBSNS, Puan Cindy Usun Sigau selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Encik Mohd Faizal bin Mohd Arif selaku Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Paroi, dan Encik Nizam bin Mohd Top mewakili Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Sesi diteruskan dengan pembentangan mengenai JBSNS oleh En. Rosdi bin Pilus yang memperkenalkan fungsi, pencapaian, dan inisiatif utama jabatan dalam keseluruhan aspek termasuk pembangunan sukan dan belia. Seterusnya, PKK Ahmad Mustaqim Che Bisi menyampaikan pembentangan mengenai Jabatan Penjara Malaysia (Negeri Sembilan). Fokus utama pembentangan adalah keberkesanan program pemulihan dalam komuniti, yang menunjukkan kadar pengulangan perlakuan jenayah yang lebih rendah dalam kalangan penghuni penjara yang mengikuti program seperti ini berbanding mereka yang menjalani hukuman sepenuhnya di dalam penjara. Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada potensi kolaborasi strategik antara JBSNS dan Jabatan Penjara Malaysia (Negeri Sembilan). Semoga sesi kunjung hormat ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat antara JBSNS dan Jabatan Penjara Malaysia (Negeri Sembilan) dalam memperkasa pembangunan belia, sukan, komuniti, dan kesejahteraan sosial di Negeri Sembilan.
- 13 Januari 2025 (Isnin) bersamaan 13 Rejab 1446H - Surau Kompleks Rakan Muda Jempol JEMPOL - Seramai lebih 60 orang telah menghadiri Majlis Sambutan Israk Mikraj Tahun 1446H / 2025M bertempat di Surau Kompleks Rakan Muda (KRM) Jempol. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau KRM Jempol dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Jempol. Para peserta berkumpul di surau seawal jam 7.00 malam untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selepas itu, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol merangkap Pengerusi Surau KRM Jempol. Seterusnya Majlis diserikan lagi dengan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Mohd Isa bin Mad Daud, Guru Agama Sekolah Menengah Agama Ulu Jempol (GPK Kokurikulom). Turut hadir dalam program ini, semua para pegawai dan kakitangan PBSD Jempol merangkap AJK Surau KRM Jempol, kakitangan Syarikat Kawalan Keselamatan dan Syarikat Pembersihan, Pengurusan Kafeteria serta seluruh warga kerja termasuk alumni KRM Jempol bersama-sama ahli keluarga dan anak-anak. Selesai ceramah agama, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan menunaikan solat Isyak berjemaah seterusnya semua peserta dan tetamu menikmati jamuan makan malam di kafeteria KRM Jempol. Semoga dengan penganjuran majlis keagamaan ini dapat memberikan rasa keinsafan serta kecintaan kepada baginda SAW dalam kehidupan seharian disamping menyemarakkan semangat kekeluargaan serta hubungan silaturahim antara pengurusan PBSD Jempol dengan warga kerja KRM Jempol. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan. Firman Allah : سبحانه وتعالى: سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١ “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #TeamJBSN9 #PBSDJempol #JKSurauKRMJempol #fypviralシ JBSNegara JBS Negeri Sembilan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Seremban 13 Januari 2025 Pihak pengurusan tertinggi pasukan bolasepak Negeri Sembilan Football Club (NSFC) telah mengadakan sesi lawatan kunjung hormat keatas Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Sesi kunjung hormat daripada NSFC telah dihadiri oleh tuan Faliq Firdaus selaku Ketua Pegawai Eksekutif NSFC , En. Firdaus Bahri Ketua Pegawai Operasi NSFC dan En.Muhammad Yob pegawai pemasaran NSFC.Turut hadir bagi pihak JBSNS adalah En.Zulfadli Ahmad selaku Pegawai Rakan Muda JBSNS, Cik Cindy Usun Sigau Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban , Cik Siti Nur Akmal dan En.Anas Fakhri. Sesi ini dimulakan dengan pengenalan organisasi kelab, pengenalan fasiliti sukan, pendedahan berkaitan halatuju pasukan bolasepak negeri dan beberapa perancangan yang akan dibuat pada masa hadapan bagi memastikan skuad bolasepak Negeri Sembilan berada didalam landasan persaingan Liga Super Malaysia dan mengeratkan lagi hubungan kelab bolasepak tersebut bersama peminat dan komuniti masyarakat di negeri ini . Semoga sesi kunjung hormat ini akan menghasilkan dapatan yang positif dalam aspek pembangunan sukan di Negeri Sembilan khususnya bagi sukan bolasepak dan diharapkan kedua-dua pihak saling bekerjasama dan berganding diantara satu sama lain untuk jangka masa lebih panjang.