LAWATAN TAPAK DAN TINJAUAN LALUAN BAGI PROGRAM NEGERI SEMBILAN SEVEN WONDERS CHALLENGE 2.0 DAERAH SEREMBAN 2025 BERSAMA YB EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN

02 Mei 2025, Seremban - Telah berlangsung satu sesi lawatan tapak dan tinjauan laluan bagi Program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2.0 Daerah Seremban bersama YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bertempat di Bukit Berembun pada pagi tadi.
Tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti dan memeriksa keadaan laluan pendakian termasuklah aspek keselamatan, penempatan check point, pelepasan mula, pendaftaran, anggota paramedik, anggota malim gunung dan juga susun atur khemah serta tempat letak kenderaan petugas dan peserta.
Lawatan ini di ketuai oleh YB Dato’ Haji Mustapha Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama-sama agensi yang terlibat seperti Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seremban selaku Penyelaras Program, ahli jawatankuasa agensi daerah seperti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban, Pejabat Perhutanan Daerah Seremban, Pejabat JKR Daerah Seremban, Persatuan Malim Gunung Negeri Seremban, PDRM, APM Daerah Seremban, Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia Daerah Seremban, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan dan TNB Negeri Sembilan. Turut hadir bersama dalam sesi ini Datuk Haji Mohd Asna bin Amin, ADUN Lenggeng dan Mohamad Najib bin Mustafa, Pegawai Daerah Seremban.
Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan akan diteruskan pada masa akan datang.
#teampbsdseremban
#teamjbsns
#malaysiaMADANI
#NS7WC2.0

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search