- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 147
PROGRAM MOBALISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON SIRI 2/2024
PROGRAM MOBALISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON SIRI 2/2024
17 November 2024 (Ahad), Port Dickson - Telah berlangsung Program Mobalisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Daerah Port Dickson Siri 2/2024 bertempat di Kampung Tanjung Agas. Program ini adalah merupakan satu khidmat masyarakat membersihkan kawasan dalam dan luar rumah sebuah keluarga asnaf iaitu keluarga Encik Abu Bakar Sabudin.
Seramai 78 orang peserta terlibat dalam menjayakan program ini melibatkan JPKK Kampung Tanjung Agas, Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Al Mawaddah (Mykasihcare) , Sekretariat Rakan Muda (SRM) Kolej UNITI, Port Dickson, dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp Daerah Port Dickson.
Antara objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para sukarelawan SATRIA berkaitan kerja-kerja kesukarelawanan di samping memberikan khidmat bakti kepada golongan yang memerlukan.
Majlis Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato Haji Mohd Faizal Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak (EXCO) Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan.
Turut hadir bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson Tuan Haji Noorulhuda Abdul Rahman, Pengerusi JPKK Kampung Tanjung Agas, Encik Hairi Dahalan, Pengerusi MyKasihCare, Tuan Syed Shukri dan Encik Syazwan Shaari, Pegawai Tadbir 1 Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej UNITI Port Dickson.
Jom Sertai Rakan Muda 
Layari pautan https://www.kbs.gov.my/rakanmuda untuk sertai Rakan Muda.
YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA 
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 147
