PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025/1446H

SEREMBAN, 18 Mac 2025 - Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 telah berlangsung di Masjid Muhammad Al-Fateh, Forest Height Seremban.
Rakan Muda Ramadan merupakan program ikonik Jabatan Belia dan Sukan Negara yang menjadi satu platform untuk menarik minat belia dalam menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian. Program ini telah dilaksanakan bermula di peringkat daerah melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah sehingga ke peringkat Negeri dan seterusnya akan di bawa ke peringkat kebangsaan.
Majlis penyampian hadiah dan Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Nurul Husna binti Mustafa Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, turut hadir hadir bersama Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, serta agensi dan rakan strategik yang terlibat seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Sekolah Menengah Agama Repah, Sekolah Menengah Agama Telok Kemang, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin, Maktab Rendah Sains Mara Serting Sekolah Menengah Agama Dato Haji Tan Ahmad, Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail, Sekretariat Rakan muda, Kelab Rakan Muda dan Badan Operasi. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang dalam pertandingan Hafazan dan Nasyid berkumpulan.
*Keputusan Pertandingan*~
*Hafazan Lelaki*
JOHAN - Ahmad Huzaifah bin Mohd Shahrulnizam (SMA Dato Hj Tan Ahmad, Jelebu)
NAIB JOHAN - Muhammad Adam bin Anas – (SMKA Dato Hj Abu Hassan Hj Sail Rembau)
KETIGA - Muhammad Zhakwan b Muhammad Ihsan @ Johan (SMA Telok Kemang Port Dickson )
*Hafazan Perempuan*
JOHAN - Al-Khansa' bt Norhelmi (SMKA Dato Hj Abu Hassan Hj Sail Rembau)
NAIB JOHAN Huuriyyah A'izzah bt Hakimi (SMA Dato Hj Tan Ahmad, Jelebu)
KETIGA Humaira Farida bt Faizul Azwan (SMA Telok Kemang Port Dickson)
*Pertandingan Nasyid*
JOHAN - Soutul Muhazzirin (SMA Hj Mohd Yatim, Rembau)
NAIB JOHAN - Azra Voices SMK Felda Palong 7,Jempol
KETIGA - Soutul Azkiya' (SMA Repah, Tampin)
#RakanEkspresi
#RakanMudaYakinBoleh
#teamJBSN9
#teamJBSN
#teamKBS

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search