- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 83
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH TAMPIN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 83
TAMPIN , 7 Mac 2025 (Jumaat) - Program Rakan Muda Ramadan merupakan salah satu platform kepada golongan belia untuk menjalani bulan Ramadan dengan pengisian aktiviti ibadah yang bermanfaat dan bermakna. Selain dari itu, program ini juga dapat membina semangat disiplin diri, semangat kemasyarakatan dan interaksi komuniti.
Pagi tadi, bertempat di Sekolah Menengah Agama Repah (SMART) Tampin telah diadakan Pertandingan Musabaqah Hafazan Al-Quran dan Nasyid bagi mencari bakat dan persiapan mewakili daerah ini ke peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 20 Mac 2025 bertempat di International Youth Centre (IYC) Cheras, Kuala Lumpur.
Masing-masing 5 peserta hafazan lelaki dan perempuan berentap di pusingan akhir setelah mengetepikan cabaran 36 peserta bagi kedua-dua kategori yang diadakan selama dua hari. Sementara bagi pertandingan nasyid pula disertai sebanyak 5 kumpulan mewakili setiap tingkatan.
Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Tuan Hj Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu, Pengetua SMA Repah. Turut hadir menyerikan program dan sesi penyampaian hadiah adalah Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Rakan Muda Rakan Ekspresi.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNbersama
#rakanmuda
#teampbsdtampin