Jempol, 17 Oktober 2024 (Rabu) - Telah diadakan Program Plogging Bersama Komuniti Peringkat Daerah Jempol bertujuan untuk pembersihan persekitaran bagi pelaksanaan Program Santuni Madani (Program Satu Pemimpin Satu Kampung) yang akan dilaksanakan pada 27 Oktober 2024 bertempat di Kampung Bayai Lama.
Seramai 45 orang telah hadir bagi menyertai program ini bagi bersama-sama membantu membersihkan kawasan dewan terbuka, balai raya, padang bola, dan kawasan persekitaran di Kampung Bayai Lama. Terdapat beberapa agensi yang turut hadir bersama-sama dalam menjayakan program ini seperti Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Jabatan Kerja Raya Daerah Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol, Felcra Berhad, Kemas Daerah Jempol, JPKK Persatuan Belia Felcra Bayai dan penduduk Kampung Bayai Lama.
Program ini merupakan satu platform untuk mendidik komuniti dan masyarakat khasnya kanak - kanak, remaja dan keluarga dalam meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan dan tanggungjawab lestari alam terutamanya di dalam persekitaran sendiri.
YB Tuan Haji Mustapha bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong dan ADUN Angkat DUN Serting turut hadir bersama-sama dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.
Program Rakan Muzik : Rentak Seni (Siri /Sesi 3 Tahun 2024) Peringkat Daerah Kuala Pilah
16 Oktober 2024 (Rabu) Kuala Pilah - Telah berlangsung Program Rakan Muzik : Rentak Seni (Siri /Sesi 3 Tahun 2024) Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah beserta agensi/sekolah yang menjadi rakan kerjasama pelaksana iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, SMK Jelai, SM Sains Tuanku Jaafar dan Kolej Vokasional Juasseh.
Program ini disertai seramai 24 pelajar/peserta. Antara pengisian program adalah penerangan dan rincian persembahan, latihan akhir dan pra-persembahan bagi tiga (3) jenis Tarian Tradisional Melayu iaitu Tari Silat Randai, Tarian Endang dan Tarian Dabus.
Tari Silat Randai dipimpin oleh Cikgu Ibrahim bin Ghani (Jurulatih Seni Budaya Negara [JSBN] JKKN N.Sembilan), Tarian Endang dipimpin oleh Cikgu Nur Imanina binti Mohamad Sheenaz (Jurulatih Tarian Endang - PPD Kuala Pilah/JPNNS) dan Tarian Dabus dipimpin oleh Cikgu Syaiful Azlan bin Abdul Jalil (Jurulatih Tarian Dabus - Kelab Seni Dabus Cemara, N.Sembilan)
Turut hadir bersama ialah guru-guru pengiring daripada Kolej Vokasional Juasseh, SM Sains Tuanku Jaafar dan SMK Jelai serta En.Izhar bin Kamis (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah).
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan ianya dapat membentuk minat yang tinggi dan menyemarakkan lagi semangat mencintai 'Warisan Negara' (Khusus Seni Tarian) dikalangan peserta disamping mencetuskan minat yang tinggi kepada mereka agar menjadi bakal jurulatih dan LULUSAN berAkreditasi Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN).
Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa yang akan datang demi merealisasikan semangat "Cintai Seni Tari Warisan Negara dikalangan Rakan Muda".
RAKAN MUZIK RENTAK SENI DAERAH PORT DICKSON - SIRI 3/2024
Port Dickson , 15 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Rakan Muzik Rentak Seni Siri 3/2024 dan Majlis Penutup Rakan Muzik Rentak Seni bertempat di Dewan Sri Gemilang Kolej Vokasional Port Dickson.
Bagi pelaksanaan siri ke 3 ini, seramai 55 orang peserta terdiri daripada remaja dari Bandar Baru Springhill dan juga Mentor Caklempong dari Kolej Vokasional Port Dickson terlibat dalam sesi pembelajaran berkaitan peralatan muzik tradisional yang terdiri daripada Greteh, Tingkah, Canang, Jedor, Tamborin dan juga Gong.
Dibawah bimbingan dan tunjuk ajar Encik Eddy bin Osman, Tenaga Pengajar Caklempong dari JKKN Negeri Sembilan diharap menjadi pemangkin kepada peserta untuk menimba pengalaman yang berharga untuk mempelajari seni warisan budaya.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohammad Shafie Bin Hamir Pengarah Kolej Vokasional Port Dickson. Turut hadir Encik Noorulhuda bin Haji Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson serta Encik Mohd Haniff bin Ahmad, Pengerusi Jiran Muda Bandar Baru Springhill.
KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2024 PERINGKAT DAERAH TAMPIN
TAMPIN, 12 Oktober 2024 (Sabtu) - Hari Sukan Negara merupakan acara tahunan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan bagi merealisasikan hasrat dan inspirasi kerajaan dalam menggalak dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan dan beriadah serta menjadikannya sebagai satu rutin dalam kehidupan seharian. Kerajaan juga telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah ini sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan masyarakat Malaysia Madani yang sentiasa sihat, aktif dan cergas.
Hari ini, dengan tema Cergas Bersama dianggarkan seramai 2300 orang termasuk tetamu jemputan, peserta, urusetia, pegawai teknikal, sukarelawan dan pengunjung telah memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Tampin. Kompleks Sukan Gemencheh menjadi venue pada tahun ini dengan berlangsungnya aktiviti Fun Walk HSN2024, Aerobikthon, Senamrobik, Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Bola Keranjang 3on3, Pertandingan Sukan Rakyat, Mari Mencuba Frisbee, Mari Mencuba Yo Yo Cina, Klinik Walking Football, Pertandingan Bola Sepak (U10 dan U8), gerai jualan dan pameran.
Penganjuran pada kali ini merupakan kolabrasi bagi tahun kedua Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin dengan kerjasama Kelab Kecergasan Ina Moncheh, Majlis Daerah Tampin, Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dan Majlis Belia Daerah Tampin.
“Bagi pihak penganjur, saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Majlis Daerah Tampin atas kebenaran dan penyediaan kemudahan. Setinggi penghargaan juga kepada SMK Dato’ Mohd Taha dan Kolej Komuniti Tampin yang menghantar penyertaan. Begitu juga dengan SMK Tunku Besar Tampin dan Kelab Rakan Muda Pekan Tampin kerana menghantar pasukan Sukarelawan SATRIA. Tidak lupa juga kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Balai Bomba Gemencheh serta Gemas, Angkatan Pertahanan Malaysia Daerah Tampin, RELA Daerah Tampin, Pejabat Penerangan Daerah Tampin yang sentiasa membantu bagi memastikan keselamatan, keharmonian dan perkhidmatan sokongan sepanjang sambutan ini diadakan. Tidak lupa juga kepada Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tampin, Kelab Senamrobik Sihat Anggun, Kelab Peminat Bola Sepak Moncheh, Kelab Bola Sepak Gajah Hitam, Persatuan Bola Keranjang Daerah Tampin, Kelab Rakan Muda Pekan Tampin, dan semua persatuan sukan di daerah ini yang bersama-sama memberikan komitmen penuh dalam pengendalian acara dan aktiviti pada hari ini,” kata YB Dato’ Mohd Isam Bin Hj. Mohd Isa, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin semasa dalam ucapan pelancaran.
Turut hadir dalam majlis ini adalah, YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh, En. Daing Muhamad Rahimi bin Abdul Hamid, Timbalan Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Tuan Supt Amiruddien bin Sariman Ketua Polis Daerah Tampin, En. Tuan Kajurin @ Kaddly Bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Ustaz Dr. Mohd Yazid bin Saad, Pegawai Agama Islam Daerah Tampin, Puan Dr Nazatul Yusrina binti Mohamad Yusof, Pegawai Kesihatan Daerah Tampin, En. Mohd Firdauz bin Shariff, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Tuan Syed Naseer bin Syed Mohideen Pengetua SMK Dato’ Mohd Taha, Gemencheh, En. Shahriman bin Ramly, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin, Puan Zuraina binti Nordin, Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh, Ketua-Ketua dan Wakil-Wakil Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta Agensi, serta pemimpin masyarakat setempat.
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DAN GOTONG ROYONG MADANI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SYED IDRUS
Tampin, 15 Oktober 2024 - Sambutan Hari Sukan Negara dan Gotong Royong Madani Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan jayanya. Majlis Perasmian disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah melaksanakan program ini bagi menyahut hasrat Kerajaan Madani dalam membudaya serta merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.
PROGRAM PLOGGING KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2024
Tampin, 15 Oktober 2024 (Selasa) - Sempena Sambutan Hari Sukan Negara dan Gotong Royong Madani SMK Tunku Syed Idrus pada hari telah diadakan Program Plogging Bersama Komuniti Peringkat Daerah Tampin Siri 4 bertujuan untuk pembersihan dan penanaman pokok bagi kecerian kawasan sekolah.
Program ini merupakan satu platform umtuk mendidik komuniti dan masyarakat khasnya kanak - kanak, remaja dan keluarga dalam meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan dan tanggungjawab lestari alam terutamanya di dalam persekitaran sendiri.
PALONG - Telah berlangsung program Kejohanan Bola Jaring Terbuka DUN Palong sempena Hari Sukan Negara 2024 anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Palong 7. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Encik Safbaryzal bin Abdul Manaf, Pegawai Khas kepada YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong. Seramai 9 (sembilan) pasukan telah menyertai kejohanan tersebut.
Turut hadir dalam majlis perasmian adalah Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Encik Muhammad Hafiz bin Kamuruzzaman, Pengurus Felda Palong 7, Encik Samsudi bin Basir, Ketua Peneroka FELDA Palong 7, Puan Saniah binti Husin, Pengerusi GPW Felda Palong 7 dan Encik Yusuf Tagiri bin Asep Norjaman, Pengerusi Persatuan Belia MBFM Felda Palong 7. Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan semua pasukan serta para pemenang kejohanan.
Sambutan Hari Sukan Negara merupakan inisiatif Kementerian Belia dan ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (‘Sporting Nation’). Kerajaan juga telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah ini sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan masyarakat yang sentiasa sihat, aktif dan cergas dalam pembabitan aktiviti-aktiviti sukan.
PROGRAM RAKAN BUMI : PLOGGING KOMUNITI DAERAH REMBAU SIRI 2
- Rembau | 13 Oktober 2024 | Ahad
Program Plogging Komuniti Daerah Rembau diteruskan lagi dengan perlaksanaan siri kedua yang telah dilaksananan di Taman KSNS , Pedas . Program ini telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada Pertubuhan Belia Hindu Cawangan Rembau Jaya dan Pertubuhan Belia Hindu Cawangan Taman KSNS Pedas.
Antara pengisian aktiviti pada program ini adalah berjalan sambil mengutip sampah , selain membersihkan kawasan sekitar taman permainan Kanak-Kanak dan gelanggang futsal.
Turut hadir menjayakan program ini Puan Zahizan Binti Rosli Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Rembau, En Suthershen A/L Kalaselvan Pengerusi Pertubuhan Belia Hindu Cawangan Rembau Jaya , En Denish Maran A/L Siamogan Nor Pengerusi Pertubuhan Belia Hindu Cawangan Taman KSNS Pedas serta komuniti KRT Taman KSNS Pedas.
PBSD Rembau mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Plogging siri yang kedua ini yang sememangnya satu program yang amat baik terutamanya bagi melahirkan golongan belia yang mempunyai sikap sukarelawan yang tinggi dan juga kepentingan menjaga alam sekitar.
SENDAYAN, 12 Oktober 2024 - d’Tempat Country Club telah dijadikan venue utama bagi Pertandingan Aerobic Dance 2024 Peringkat Negeri Sembilan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan yang merupakan negeri ke tujuh selepas Negeri Sabah.
Turut hadir bagi program ini adalah YAM Tunku Zain Al-Ábidin ibni Tuanku Muhriz dengan diiringi oleh YB Tuan Hj Mustapha bin Nagoor, EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Puan Nicole Tan Lee Koon, EXCO Pelancongan, Keseniandan Kebudayaan Negeri Sembilan, Tuan Ahmad Syarifuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Chai Keng Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Perseketuan.
Sebanyak 8 pasukan yang layak masuk bertanding dalam kategori remaja bawah 17 tahun dan dewasa atas 18 tahun. Pemenang bagi kategori remaja dimenangi oleh pasukan Sdasangga Kirana dengan membawa pulang medal, sijil dan wang tunai sebanyak RM800.00, manakala kategori dewasa atas 18 tahun pula dimenangi oleh pasukan Melewar Rhytms dengan membawa pulang sijil, medal dan wang tunai sebanyak RM1000.00. Pasukan yang menang ini akan di pertandingkan di peringkat kebangsaan pada 15-17 November di Shah Alam, Selangor.
Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memberi pengetahuan tentang pengendalian atau pengurusan pertandingan sukan Aerobic Dance ini, iaitu yang setaraf dengan penganjuran di peringkat antarabang disamping meningkatkan keharmonian dan perpaduan di kalangan komuniti setempat.
Di harap agar program ini dijadikan program tahunan di bawah Kementerian Belia dan Sukan kerana sambutan yang amat menggalakkan melalui pelbagai peringkat serta menggalakkan kaum wanita dalam menyertai aktiviti kecergasan.