Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara 2024 (HSN2024) Dan Mini Fit Malaysia Peringkat Negeri Sembilan telah di pengerusikan oleh Tuan Pengarah, Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin. Hadir sama Timbalan Pengarah, Puan Junaine binti Mohamad serta semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bagi membincangkan perjalanan serta persiapan program yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.
PROGRAM RAKAN MUZIK RENTAK SENI DAERAH PORT DICKSON - SIRI 1/2024
Port Dickson , 9 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Rakan Muzik Rentak Seni Siri 1 bertempat di Dewan Sri Gemilang, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD).
Seramai 35 orang peserta terdiri daripada remaja dari Bandar Baru Springhill, Port Dickson terlibat dalam sesi pembelajaran berkaitan peralatan muzik tradisional yang terdiri daripada Greteh, Tingkah, Canang, Jedor, Tamborin dan juga Gong.
Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Encik Eddy bin Osman, Tenaga Pengajar Caklempong dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan diharap menjadi pemangkin kepada peserta untuk menimba pengalaman yang berharga dalam mempelajari seni warisan budaya.
Turut hadir pada siri pertama ini adalah Encik Noorulhuda bin Haji Abdul Rahman selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson serta Encik Mohd Haniff bin Ahmad selaku Pengerusi Jiran Muda Bandar Baru Springhill.
Sesi kunjung hormat dari Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB) ke atas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin.
LAWATAN TEMPAT BAGI PROGRAM BELIA DI GEMBOX NILAI.
NILAI, 7 Oktober 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah membuat lawatan tempat program di GEMBOX Nilai bersama Persatuan E-Sport Negeri Sembilan.
Lawatan ini bertujuan untuk mengenalpasti program yang bersesuaian dengan kemudahan yang ada di GEMBOX Nilai. Pada masa yang sama dapat menjalinkan kolaborasi antara pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, NGO dan pihak GEMBOX dalam pelaksanaan program yang bakal dilaksanakan.
Turut hadir dalam lawatan ini Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Dennis Kwee
Timbalan Pengarah Urusan Kump. GD Holdings, En.Rosman Bin Jonet
Penasihat Kump.GD Holdings, En. Choong Chan Loong Ketua Pegawai Operasi Gembox,Nilai dan En. Abdul Akif bin Rahim Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak GEMBOX Nilai atas sambutan lawatan yang baik. Semoga lawatan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama dalam pembangunan belia yang lebih mampan.
JEMPOL - Seramai lebih 40 orang telah menyertai Program Plogging @ Community Peringkat Daerah Jempol Tahun 2024 bertempat di Homestay kampong Lonek.
Aktiviti plogging dilaksanakan di kawasan Homestay Kampung Lonek dan kawasan-kawasan yang berdekatan sempena Karnival Gogar Sekampung Homestay Lonek & Jempol Agrofest 2024 yang telah berlangsung selama 3 hari pada 4, 5 & 6 Oktober 2024.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah seperti membersihkan, membantu urusan persiapan tempat bagi acara fun run dan fun ride @lonek, dan memungut sampah sekitar kawasan karnival dan kawasan laluan fun run dan fun ride @lonek, dan memberi penerangan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir untuk menjaga kebersihan dan membuang sampah di tempat yang sepatutnya.
Diharapkan program ini dapat memupuk semangat cintai alam sekitar di kalangan pengunjung dan penduduk setempat. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
PORT DICKSON, 6 September 2024- Telah diadakan Program Fit Komuniti@Port Dickson 2024 Siri 9 bertempat di Masjid Warisan Telok Kemang, Port Dickson . Program senaman chairobics di mulakan jam 8.00 pagi dan ikuti oleh Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Daerah Port Dickson Siri 1/2024 . Program kali ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson.
Antara objektif program adalah untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, hiking, senaman dan aktiviti riadah. Seramai 64 orang peserta dari komuniti masyarakat setempat telah mengambil bahagian dalam program kali ini.
Turut hadir memeriahkan program ialah Mohd Fakhrur Razi bin Misran, Pegawai Kebajikan dan Disiplin merangkap Penasihat Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson dan Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Semoga program seumpama ini dapat memupuk semangat kesukanan dan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
6 Oktober 2024- Seremban- Seramai 80 sukarelawan telah menyertai Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2/2024.
Objektif pelaksanaan Mobilisasi Satria kali ini adalah memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pengalaman secara hands-on dalam melaksanakan aktiviti kesukarelawanan. Selain daripada itu, antara lain objektif penganjuran adalah untuk membantu mengurangkan masalah kesihatan mental dengan melibatkan belia dengan aktiviti Plogging @Gunung Angsi dan Ulu Bendul yang boleh meningkatkan keyakinan serta kemahiran sosial. Program ini turut dapat mengelakkan penglibatan belia dalam jenayah serta masalah sosial dan mewujudkan suasana harmoni dengan pengisian masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.
Kesemua 65 org sukarelawan telah berjaya menawan puncak dimana pendakian dimulakan pada jam 0900 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. 15 sukarelawan yang lain melakukan plogging di kawasan Ulu Bendul.
Rata-rata sukarelawan berasa seronok apabila diberikan peluang merasai pengalaman mendaki gunung dan mengadakan plogging di sepanjang trek laluan.
Pendakian kali ini agak mencabar kerana hujan turun agak lebat semasa memulakan pendakian. Cabaran lebih terasa apabila menuruni trek yang licin dan agak mencabar.
Kami berharap agar nilai-nilai sukarelawan tersemat dalam sanubari para peserta ini.
Terima kasih juga kepada sukarelawan daripada Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani. Terima kasih jua kepada sukarelawan Kelab Taekwondo Perang Perwira.
Semoga kita bekerjasama lagi pada masa akan datang.
PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON Siri 1/ 2024
6 Oktober 2024 (Ahad) Port Dickson - Telah berlangsung Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Daerah Port Dickson Siri 1/2024 bertempat di Masjid Warisan Telok Kemang bermula jam 8.30 pagi.
Seramai 64 orang sularelawan terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini melibatkan penyertaan daripada Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson, Gerakan Belia 4B Caw. Kota Lukut, Surau Al-Ikhlas, Masjid Warisan Telok Kemang, Bahagian Agihan Majlis Agama Islam Port Dickson dan juga MykasihCare Port Dickson.
Fokus utama bagi siri 1/2024 ini ialah royong kawasan persekitaran masjid.
Program turut dihadiri oleh Mohd Fakhrur Razi bin Misran, Pegawai Kebajikan dan Disiplin merangkap Penasihat Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson, En.Mior Badran Bin Mior Sabri, Ketua Belia Gerakan Belia 4B(M) Caw.Kota Lukut manakala Cik Reena Nornisha mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Port Dickson. Surau Al-Ikhlas Telok Kemang Diwakili Oleh Tn.Hj Rahim Raof selaku Pengerusi Surau.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menyemarakkan lagi semangat kesukarelawanan serta memperluaskan penglibatan remaja belia dalam komuniti hingga ke peringkat akar umbi.
KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KUALA PILAH TAHUN 2024 MEREBUT PIALA HANNAH BLOSSOM
Kuala Pilah, 5 Oktober 2024 (Sabtu) - Telah berlangsung Kejohanan Badminton Tertutup Kuala Pilah 2024 merebut Pala Hannah Blossom, bertempat di Dewan Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.
Program ini adalah julung kali diadakan dan telah pun mendapat tempat di hati para peminat sukan badminton di Daerah Kuala Pilah. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Kelab Badminton PUSAKO, Hannah Blossom dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah. Sebanyak 32 pasangan beregu Lelaki telah pun mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.
Antara objektif program ini adalah untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan di kalangan pencinta sukan badminton di Daerah Kuala Pilah dengan agensi yang terlibat serta masyarakat disamping menyokong usaha Kerajaan bagi memastikan warga negara Malaysia mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Syabas dan Tahniah kepada Kelab Badminton PUSAKO diatas kejayaan penganjuran kejohanan ini. Terima kasih kepada Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan Pihak Pengurusan Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah telah menyedia dan membenarkan kejohanan dianjurkan di sini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Penaja Utama kejohanan iaitu Hannah Blossom kerana sudi menjaya dan menyalurkan bantuan bagi menjayakan program ini. Tahniah dan syabas buat semua. Diharap kejohanan ini akan menjadi acara tahunan pada masa akan datang.