PROGRAM FIT KOMUNITI @PORT DICKSON 2024 SIRI 8
PORT DICKSON, 30 September 2024- Telah diadakan Program Fit Komuniti@Port Dickson 2024 Siri 8 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson. Program kali ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson.
Antara objektif program adalah untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, hiking, senaman dan aktiviti riadah. Seramai 407 orang peserta dari kalangan guru dan pelajar telah menyertai program ini. Selain daripada aktiviti senamrobik, terdapat juga aktiviti Explorace dan Sukaneka diadakan pada pagi ini.
Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Zainab binti Abu Kasim, Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson, Encik Fahmi bin Ramli, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson, Puan Safinas binti Nordin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Port Dickson dan Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Semoga program seumpama ini dapat memupuk semangat kesukanan dan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 123
