PROGRAM PLOGGING KOMUNITI SIRI 2 PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2024
Serting, 11 Oktober 2024 (Jumaat) - Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Jempol di Kompleks Rakan Muda Jempol, telah diadakan Program Plogging Bersama Komuniti Peringkat Daerah Jempol bertujuan untuk pembersihan persekitaran serta pengurusan sisa buangan di lokasi program.
Lebih kurang 2,500 orang hadir bagi menyertai aktiviti Senamrobik, Aerobikthon, Larian Ria Madani, Berjalan Untuk Negara, Pertandingan Explorace, Pertandingan Kolaj, Persembahan Gendang Cina, Persembahan Silat, Persembahan Taekwando, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran Agensi-agensi, Pertandingan Ping Pong dan gerai jualan semestinya banyak meninggalkan bahan buangan yang perlu diurus secara sistematik.
Program ini merupakan satu platform umtuk mendidik komuniti dan masyarakat khasnya kanak - kanak, remaja dan keluarga dalam meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan dan tanggungjawab lestari alam terutamanya di dalam persekitaran sendiri.
Majlis Perasmian HSN2024 telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mustapha bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong dan ADUN Angkat DUN Serting.
Rakan Muda Rakan Prihatin.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 165
