PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 3 2024 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN.
Seremban, 08 November 2024 (Jumaat) - telah berlangsung Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 3, 2024 bertempat di RNJ Swimming Academy Jalan Sri Pinang Seremban.
Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta untuk mengurangkan indeks kes kematian akibat lemas di kalangan kanak-kanak.
Turut hadir sama memberi semangat kepada peserta, En.Muhammad Azhar Bin Rahim, Ketua Jurulatih Seremban, RNJ Swimming Academy, Pn.Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Jutaan terima kasih pada ibubapa yang hadir serta komitmen yang tinggi dalam program renang yg julung kali diadakan ini.
PROGRAM RAKAN MUDA MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) SIRI 1
DAERAH REMBAU 2024
07/11/2024 | Khamis
Pengkalan Nelayan Sungai Timun, Rembau
Program Mobilisasi SATRIA Siri 1 Daerah Rembau telah selesai dilaksanakan pada 07 November 2024 (Khamis) bertempat di Pengkalan Nelayan Sungai Timun dengan kerjasama daripada Kolej Komuniti Rembau. Bagi pelaksanaan program SATRIA pada kali ini, pihak PBSD Rembau memilih untuk mengadakan aktiviti khidmat masyarakat dengan menjalankan gotong royong pembersihan kawasan pengkalan jeti dan sungai.
Program yang bermula pada jam 8:30 pagi ini dimulakan dengan sesi taklimat dan pecahan kumpulan untuk membersihkan sekitar kawasan jeti terlebih dahulu. Seterusnya selesai pembersihan di kawasan jeti, aktiviti pembersihan diteruskan dengan mengutip sampah di kawasan sungai dengan menaiki bot di sekitar laluan air Sungai Timun.
Disamping aktiviti mengutip sampah, turut diselitkan aktiviti perkongsian ilmu dan pendedahan kepada para peserta dengan melawat 2 kawasan yang menjadi sumber ekonomi penduduk kampung melalui sumber alam yg terdapat di sepanjang sungai iaitu lawatan ke Sabak Arang dan juga Taman Lokan .
Di Sabak Arang ini, peserta dapat melihat bagaimana pemprosesan kayu arang bakar ini dihasilkan daripada awal hingga ke akhir. Selain itu, peserta mendapat pengalaman dengan mencuba kerja-kerja penghasilan arang disitu. Seterusnya singgah di Taman Lokan yang merupakan kawasan tumpuan bagi peminat haiwan jenis cengkerang ini. Peserta dapat merasai sendiri pengalaman mencari lokan di kawasan paya bakau ini.
Sejurus tamat lawatan kedua-dua tempat tersebut, para peserta meneruskan aktiviti mengutip sampah disepanjang perjalanan pulang ke jeti. Setibanya di jeti sampah-sampah dikumpulkan semula dan diteruskan dengan acara penutup dan penyampaian sijil.
Turut hadir pada program kali ini, Puan Merhayati Binti Sipon, Pengarah Kolej Komuniti Rembau, Puan Fairuz Binti Mohamad Nor Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Rembau.
Pihak PBSD Rembau mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
SENAMAN WARGA EMAS DAERAH PORT DICKSON SIRI 6 TAHUN 2024
Port Dickson , 07 November 2024 - Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Daerah Port Dickson Siri 6 Tahun 2024 bertempat di Pantai Bagan Pinang , Port Dickson bermula jam 7.30 pagi. Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Sekreteriat Rakan Muda Kolej Uniti Port Dickson dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson dengan penyertaan seramai 40 orang.
Program ini bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan
perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat / penggiat kecergasan komuniti di samping menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Program Senaman Warga Emas ini merupakan satu usaha kerajaan untuk mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat dalam kalangan Warga Emas dan ia selari dengan hasrat YB Menteri Belia dan Sukan, yang ingin melihat masyarakat dalam kalangan warga emas juga mendapat kesaksamaan dan keadilan sosial melalui aktiviti senaman.
ROGRAM RAKAN BUMI : PLOGGING KOMUNITI DAERAH REMBAU SIRI 3
- Rembau | 02 November 2024 | Sabtu
Program Plogging Komuniti Daerah Rembau kali ini diteruskan dengan siri yang ketiga (3) di mana program ini telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Kelab Bullet Muaythai Rembau dan juga belia setempat .
Program yang bermula pada jam 8:30 pagi ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Abdul Rifaat Bin Abdul Karim selaku Pengerusi Kelab Bullet Muaythai Rembau, Encik Muhammad Izzat Emir Bin Roshizan mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau dan diteruskan dengan sesi taklimat keselamatan oleh anggota bertugas daripada Balai Polis Kota .
Seterusnya peserta memulakan aktiviti plogging dengan berjalan kaki bermula di Gelanggang Bullet Muaythai Kota hingga ke sekitar Pekan Kota. Aktiviti ini juga turut dibantu oleh pihak polis bagi mengawal lalu lintas.
Mengakhiri program, peserta-peserta telah diberi sijil penyertaan dan sijil penghargaan kepada Kelab Bullet Muaythai dan Balai Polis Kota di atas kesudian menjayakan program ini.
PBSD Rembau mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Plogging siri yang ketiga ini yang sememangnya satu program yang amat baik terutamanya bagi melahirkan golongan belia yang mempunyai sikap sukarelawan yang tinggi dan juga kepentingan menjaga alam sekitar.
PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2024
Gemas, 3 November 2024 (Ahad) - Kelangsungan hidup golongan asnaf bukan sahaja bersandarkan kepada bantuan kewangan dan bekalan makanan, tetapi juga sokongan moral serta tenaga antara aspek utama bagi memastikan keselesaan kehidupan seharian. Hari ini Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin menyantuni Pn. Jaharah binti Kling di Felda Pasir Besar, Gemas melalui Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA). Kolabrasi bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Gemas dan belia setempat ini menerima maklumbalas positif daripada pemimpin komuniti bagi memastikan balu peneroka generasi pertama tersebut menerima bantuan selayaknya.
Fokus utama program kali ini lebih mensasarkan kepada pembersihan dan kemasan bahagian dalam rumah termasuk penggantian pelapik lantai, baik pulih peralatan yang rosak dan penggantian beberapa perabot yang uzur seperti meja makan, almari perabot dapur, dapur memasak dan sebagainya. Sementara di bahagian luar rumah yang dipenuhi dengan pokok dan tanaman yang tidak terurus, dikemaskan semula bagi memastikan pandangan persekitaran yang lebih selamat dan mesra penduduk.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin yang turut serta menyumbang tenaga bagi memastikan kelancaran program. Turut hadir Ustaz Mohd Zaim Fithri bin Mohd Hanif, Penolong Pegawai MAINS Operasi 1, En. Kamaruzaman bin Jalani, Ketua Peneroka Felda Pasir Besar, Encik Arbaiafandi bin Alias, Ketua Blok 1 Peringkat 4 Felda Pasir Besar serta wakil dari Majlis Belia Daerah (MBD) Tampin dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS SIRI 4/2024 PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH TAHUN 2024
Kuala Pilah, 29 Oktober 2024 (Selasa) - Telah berlangsung Senaman Warga Emas Siri 4/2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah
Program adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah bersama Kelab Senamrobik SE.
Objektif program ini adalah untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan di kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat/penggiat kecergasan komuniti. Disamping menyokong usaha Kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Program Senaman Warga Emas ini merupakan satu usaha kerajaan untuk mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat dalam kalangan Warga Emas dan ia selari dengan hasrat YB Menteri Belia dan Sukan, yang ingin melihat masyarakat dalam kalangan warga emas juga mendapat kesaksamaan dan keadilan sosial melalui aktiviti senaman.
Program Rakan Muda-Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA)-Siri 1 Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah
29 Oktober 2024 (Selasa) Kuala Pilah - Telah berlangsung Program Rakan Muda-Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 1 Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di sekitar Pekan Juasseh, Kuala Pilah.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah beserta institusi/organisasi yang menjadi rakan kerjasama pelaksana iaitu Kolej Vokasional Juasseh, Jawatankuasa Masjid Kariah Juasseh dan JPKK Juasseh Pekan.
Program ini disertai seramai 80 pelajar/peserta dan 11 Ahli Jawatankuasa JPKK/Masjid/Surau. Antara pengisian program adalah Taklimat ringkas program, Aktiviti Senamrobik (diketuai Instruktor Senamrobik : Syafiqah Nurul Ain binti Mohd Nasaruddin) dan kerja-kerja pembersihan di tiga (3) tempat iaitu Dewan Hadhari, Masjid Kariah Juasseh dan Surau Taman Seri Kilat, Juasseh.
Turut hadir ialah En.Shahrizal bin Mohd Sharif (Guru Pengiring mewakili Pengarah Kolej Vokasional Juasseh), En.Murad bin Taib (Ketua Kampung/Pengerusi JPKK Juasseh Pekan), En.Syaiful Azlan bin Abdul Jalil dan En.Izhar bin Kamis (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah).
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan ianya dapat menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan dikalangan orang muda dan rasa prihatin yang tinggi kepada masyarakat sekeliling.
Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa yang akan datang demi mengekalkan falsafah "Kesukarelaan pemangkin jiwa murni masyarakat".
JELEBU, 28 OKTOBER - Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas 2024 Peringkat Daerah Jelebu Siri 6 bertempat di Bukit Tajali dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Jelebu.
Program ini bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan
perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat / penggiat kecergasan komuniti di samping menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Seramai 45 orang peserta telah mengambil bahagian pada program kali ini. Turut hadir adalah Yang Berhormat Dato’ Ir Haji Bakri Bin Sawir ADUN Klawang, Cik Maznah Binti Aziz Penyelaras Warga Emas.
Program Senaman Warga Emas ini merupakan satu usaha kerajaan untuk mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat dalam kalangan Warga Emas dan ia selari dengan hasrat YB Menteri Belia dan Sukan, yang ingin melihat masyarakat dalam kalangan warga emas juga mendapat kesaksamaan dan keadilan sosial melalui aktiviti senaman.
PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2024
Gemencheh, 27 Oktober 2024 (Ahad) - Kolabrasi rentas antara agensi merupakan langkah terbaik dalam memastikan impak dan kejayaan pelaksanaan suatu program. Hari ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Tampin, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tampin dan Kelab Rakan Muda Pekan Tampin telah mengembling usaha, tenaga dan masa dalam pelaksanaan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA).
Dua kediaman asnaf warga emas dan ibu tunggal yang tinggal bersendirian di Kg. Gedok, Gemencheh menjadi pilihan lokasi aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan dalam dan luar rumah, mengecat pagar dan dinding bahagian dapur, pemasangan kelengkapan serta penggantian beberapa peralatan elektrik yang rosak.
Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk menanamkan sifat kesukarelawan, bekerjasama di dalam kumpulan, memupuk sifat-sifat positif dalam diri sekaligus merapatkan jurang golongan belia dengan komuniti setempat. Selain itu, belia juga mampu mempelajari serta memperoleh pengalaman secara 'hands on' menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program atau aktiviti kesukarelawan di peringkat akar umbi.
Lewat tengahari tadi, Majlis Penutup disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin yang turut turun padang bersama-sama dari awal program. Pelaksanaan program juga diserikan dengan kehadiran Puan Afizah binti Aduring, Pegawai Pemantau Program Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Che Rozita binti Che Rahman, Pegawai MAINS Daerah Tampin, En. Mohamad Nizam Shah bin Mohamad Nasir, Penolong Pegawai AADK Daerah Tampin dan Tuan Haji Muhammad Ikhwan bin Abdullah, Penasihat Kelab Rakan Muda Pekan Tampin.