- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 107
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗙𝗘𝗟𝗖𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗜 𝗦𝗔𝗛𝗨𝗧 𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱 🔥⚡
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 107
- 28 Februari 2025 (Jumaat)
- Balairaya Kg Bayai Baru
JEMPOL - Persatuan Belia Felcra Bayai menyahut cabaran dan memberi saingan untuk mewakili Daerah Jempol bagi menyertai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 dalam kategori pertubuhan.
APBN merupakan platform bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan dan pencapaian golongan belia dan pertubuhan belia di Malaysia yang memberikan impak signifikan dalam pembangunan negara.
Sesi penilaian telahpun berlangsung di Balairaya Kg Bayai Baru dan panel penilai diketuai oleh Pn. Faridah binti Hj Saini, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Pn. Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah MARA Negeri Sembilan, En. Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan En. Muhammad Shukri bin Zainuddin, Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan.
Turut hadir memberi sokongan ialah Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Belia JBS Negeri Sembilan, En. Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, En. Encik Mohd Haniff Hafizuddin, Pengurus Felcra Kawasan Serting, En. Mohd Shahrudin bin Abdul Aziz, Penghulu DUN Serting, En. Mohd Nazri bin Rosli, Pengerusi JPKK Kg Bayai Baru merangkap Penasihat Persatuan Belia Felcra Bayai dan En. Zamrud bin Alias, Pengerusi JPKK Kg Bayai Lama.
Sesi taklimat telah dibentangkan oleh Pn. Norasykin binti Mohamad Nor, Pengerusi Persatuan Belia Felcra Bayai bersama barisan kepimpinan dan AJK persatuan. Seramai 40 orang telah menyertai sesi penilaian tersebut di kalangan ahli-ahli persatuan dan wakil-wakil agensi dan komuniti setempat.
Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan kepimpinan Persatuan Belia Felcra Bayai atas usaha dan tenaga bagi persiapan dokumentasi pembentangan sesi penilaian kali ini. Semoga beroleh kejayaan dan kemenangan nanti. InshaAllah!
#APBN2025
#JBSNKomited
#jbsn9
#pbsdjempol
#MalaysiaMADANI
#fypシ
JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara PERSATUAN BELIA FELCRA BAYAI