- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 78
ππππππΌπ ππΌπππΌπ ππΌππΌπΏπΌπ π π½π ππππππ ππππ½πππΌπ π₯β‘
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 78
- 27 Februari 2025 (Khamis)
- KOMBES Negeri Sembilan
SEREMBAN - Satu program 'mantai' sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Sembilan dengan penglibatan bersama warga kerja JBS Negeri Sembilan, APBM Port Dickson, pekerja-pekerja syarikat pembersihan dan keselamatan KOMBES Negeri Sembilan.
Mantai Ramadan merupakan adat tradisi masyarakat Negeri Sembilan beberapa hari sebelum ketibaan bulan puasa. Pada hari tersebut, masyarakat akan berkumpul untuk melapah daging bersama-sama. Setelah selesai, daging tersebut akan dimasak dan dihidangkan sebagai hidangan untuk menjamu tetamu.
Program mantai Ramadan ini adalah anjuran JBS Negeri Sembilan dengan kerjasama Jawatankuasa Surau An-Nur KOMBES Negeri Sembilan, Kelab WARIS (Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan) dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson.
Para pegawai dan kakitangan bergotong-royong memasak juadah rendang daging, membakar lemang dan pelbagai masakan kampung untuk menu jamuan makan tengahari dan minum petang.
Turut diadakan Majlis Penyampaian sumbangan khas kepada pekerja-pekerja Pembersihan dan Keselamatan di KOMBES Negeri Sembilan dan agihan buah kurma untuk semua pegawai dan kakitangan telah disampaikan oleh Pengarah JBS Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin. Hadir bersama adalah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah (Belia), Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah (Sukan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Surau An-Nur KOMBES Negeri Sembilan dan Encik Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman, YDP Kelab WARIS.
Semoga kita semua diberkati dalam menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkah. Β
#RamadanKareem
#MalaysiaMADANI
#JBSNBersama
#TeamJBSN9
#JKSurauKombesN9
#KelabWARIS
#fypγ·γviralγ·
JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara