PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025

Seremban, 7 Mac 2025 (Jumaat) - Telah berlangsung Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Seremban bertempat di Dewan D’ Persada Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor.
Dua pertandingan telah dilaksanakan semasa program ini berlangsung iaitu Pertandingan Nasyid Berkumpulan dan Pertandingan Hafazan kategori lelaki dan wanita. 12 kumpulan telah menyertai Pertandingan Nasyid Berkumpulan dan 14 orang peserta telah menyertai Pertandingan Hafazan.
Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Jamil Aris bin Haron, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Turut serta dalam majlis penyampaian hadiah dan sijil ini adalah Puan Cindy Sigau selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Puan Hjh Norhayati binti Hashim, GPK Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Guru-guru Penolong Kanan serta guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Turut terlibat dan hadir juga ialah Puan Nor Azlina binti Abd Karim dan En Mohd Khushairi bin Zainal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Ucapan khas diutuskan kepada pengetua dan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor kerana telah membenarkan program kali ini dilaksanakan di sini. Pejabat ini juga berharap dengan kerjasama dua hala ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
SMK Panchor
#pbsdseremban
#jbsns9
#MalaysiaMADANI
#RakanMudaRamadan
#RakanEkspresi

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search