SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

TAMPIN, 26 Februari 2025 (Rabu) - Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) merupakan platform bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan dan pencapaian belia Malaysia yang memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara. Hari ini telah diadakan Sesi Penilaian APBN Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 bagi Kategori Pertubuhan Belia.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Tampin menjadi pertubuhan tunggal mewakili daerah ini bagi bersaing dalam kategori pertubuhan belia.
Sesi penilaian diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan panel penilai diketuai oleh Pn. Faridah binti Haji Saini, Ketua Penolong Pengarah JKM Negeri Sembilan, Puan Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah Pejabat MARA Negeri Sembilan, En. Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan En. Muhammad Shukri bin Zainuddin, Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan. Turut hadir memberi sokongan, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi dan seluruh ahli jawatankuasa ABIM atas usaha dan tenaga bagi persiapan dokumen pembentangan sesi penilaian ini.
Belia Penentu Masa Depan Negara.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search