PORT DICKSON, 12 Oktober 2024 - Telah berlansung Program Plogging Komuniti @ Port Dickson Siri 4 bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson sempena Hari Sukan Negara peringkat Daerah Port Dickson.
Plogging Komuniti yang berkonsep berjalan dan berjoging sambil mengutip sampah melibatkan penyertaan pelajar dari Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson dilihat berjaya mencapai objektif dengan penglibatan seramai 45 orang sularelawan.
Program dimulakan dengan aktiviti berjalan 1.8 km sempena Hari Sukan Negara 2024 peringkat Daerah Port Dickson Dan diakhiri dengan aktiviti mengutip sampah bagi memastikan Malaysia kekal sihat Dan bersih.
Turut hadir pada program ini ialah En.Noorulhuda Bin Hj Abdul Rahman selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Port Dickson Dan juga Ustaz Yusnizam Bin Yahaya Penasihat Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson.
HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2024 PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON.
PORT DICKSON, 12.10.2024- Telah berlangsung Hari Sukan Negara Tahun 2024 Peringkat Daerah Port Dickson bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson pada pagi ini.
Antara Pengisian program sepanjang program berlangsung ialah Senamrobik, Fun Walk, Fun Walk OKU, Pertandingan Bola Jaring, Pertandingan Street Soccer, Pertandingan Sepak Takraw, Sukan Rakyat OKU, Himpunan Wajadiri, Kem Bola Sepak, Kem Robotik, Mari Mencuba Sukan Stacking Cup, Perkhemahan ARPM, Cabutan Bertuah dan juga Jualan.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Faizal bin Hj Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Linggi dan turut di hadiri oleh Puan Nurhazelin binti Makli, Pegawai Daerah Port Dickson, Encik Hasnor bin Abd Hamid Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Diickson, Encik Roslin Hisham bin Abd Hamid Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, Puan Zainab binti Abu Kasaim Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson, Encik Mohammad Shafie bin Hamir Pengarah Kolej Vokasional Port Dickson, Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan Nurul Ain binti Mohd Zaini Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Kolej Vokasional Port Dickson yang banyak membantu bagi menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Kelab Gymnasium Rakyat Port Dickson dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan yang menjadi rakan strategik dalam melaksanakan program pada tahun ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua agensi-agensi dan badan NGO yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan Hari Sukan Negara Tahun 2024 Peringkat Daerah Port Dickson ini berjalan dengan lancar. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dimasa akan datang dalam usaha untuk membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
Program Rakan Bumi : Plogging Komuniti-Siri 3 Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah
12 Oktober 2024 (Sabtu) Kuala Pilah - Telah berlangsung Program Rakan Bumi : Plogging Komuniti Siri 3 Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di Kampus UiTM Caw. Kuala Pilah sempena HSN 2024.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah beserta institusi yang menjadi rakan kerjasama pelaksana iaitu UGC : University Green Centre UiTM Kuala Pilah bersempena dengan HSN 2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah.
Program ini disertai seramai 41 peserta/pelajar UiTM Kuala Pilah. Antara pengisian program adalah Taklimat Program, Aktiviti Latihan Kecergasan dan Mengutip Sampah.
Turut hadir ialah En.Muhadirin bin Mohamed (Penyelaras UGC UiTM), En.Shamsul bin Alwi (Pembantu Penyelaras UGC UiTM), En.Syaiful Azlan bin Abdul Jalil dan En.Izhar bin Kamis (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah).
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan ianya dapat menyemarakkan lagi semangat mencintai dan menjaga Alam Sekitar dikalangan peserta.
Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa yang akan datang demi mengekalkan "Kebersihan dan Keindahan Persekitaran ".
MAJLIS PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA 2024 (HSN2024) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.
BANDAR SRI SENDAYAN, 12 Oktober 2024 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2024 (HSN2024) Peringkat Negeri Sembilan di D'Tempat Country Club yang dirasmikan oleh YAM Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz dengan diiringi oleh YB Tuan Hj Mustapha bin Nagoor, EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Puan Nicole Tan Lee Koon, EXCO Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, YB Tuan Veerapan A/L Supermanian, EXCO Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Tuan Suhaimi, ADUN Kota, Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Chai Keng Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Dianggarkan seramai 6,000 orang telah menyertai aktiviti Hari Sukan Negara 2024 (HSN2024) dan Mini Fit Malaysia Peringkat Negeri Sembilan.
Aktiviti yang dilaksanakan adalah Berjalan Ria Madani 3KM, Larian Untuk Negara 5KM, Fit Malaysia Run 10KM, Fun Ride Fun Race 40KM, Kejohanan Sukan Seni Mempertahankan Diri bagi Sukan Muaythai dan Karate, Pertandingan Tertutup Pickleball Negeri Sembilan, Pertandingan Sukan Stacking, Jombola Racquets, Sukan Goalball (Orang Buta), Aerobikton, Mari mencuba - Sukan tradisional, Tabata, Neon Stick Glow dan lain-lain lagi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara 2024 (HSN2024) dan Mini Fit Malaysia 2024 Peringkat Negeri Sembilan.
JEMPOL - Kompleks Rakan Muda Jempol menjadi venue utama bagi Sambutan Hari Sukan Negara (HSN 2024) Peringkat Daerah Jempol yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mustapha bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong dan ADUN Angkat DUN Serting. Seramai 2,500 orang termasuk tetamu jemputan, peserta, urusetia, teknikal dan pengunjung telah memeriahkan majlis sambutan HSN 2024 ini.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan adalah Senamrobik bersama Kelab Kecergasan Bahau, Larian Untuk Negara (5 km), Berjalan Ria Madani (3 km), Explorace, Rentak Seni Rakan Muzik Gendang Kebudayaan Cina bersama para pelajar SMKJ Chi Wen Bahau, Persembahan Silat bersama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Jempol, Persembahan Taekwando oleh Negeri Sembilan Taekwando Club (NSTC), Pertandingan Kolaj Bersama Keluarga Komuniti Madani DUN Serting, Program Rakan Muda Plogging bersama Sukarelawan Kolej Komuniti Jempol, Pameran Agensi, Pemeriksaan Kesihatan, Gerai Jualan dan banyak lagi. Pihak Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Sembilan melalui Negeri FM turut hadir bersama membuat liputan untuk sambutan HSN 2024 Peringkat Daerah Jempol hari ini.
Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Jempol ini dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol bersama Pejabat Penerangan Daerah Jempol dengan pengisian Program Jiwa Komuniti Madani DUN Serting. Terdapat pelbagai agensi turut terlibat dalam pelaksanaan program hari ini antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Majlis Perbandaran Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, IPD Jempol, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu, MRSM Serting, Kolej Komuniti Jemppol, Bomba Daerah Jempol, KEMAS Daerah Jempol, AADK Daerah Jempol, KWSP Daerah Jempol dan banyak lagi.
Turut hadir dalam majlis ini adalah YB Dato’ Mohd Zaidy bin Abdul Kadir, ADUN Kawasan Jeram Padang, Tuan Mohd Nazri bin Mulup, YDP Majlis Perbandaran Jempol, YDH Tuan Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Jempol, Encik Muhammad Zulfiqar bin Mustapa, Penolong Pegawai Daerah Jempol, Tuan Moskaya Kama bin Mohamed, Pegawai Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu, Dr. Muhammad Hilmi bin Mahmud, Pegawai Kesihatan Primer PKD Jempol, Puan Noorezrin binti Mahmod, Pegawai Penerangan Daerah Jempol dan Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Sambutan Hari Sukan Negara merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (‘Sporting Nation’). Kerajaan juga telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan masyarakat yang sentiasa sihat, aktif dan cergas dalam pembabitan aktiviti-aktiviti sukan.
PORT DICKSON, 11 Oktober 2024- Telah diadakan Program Fit Komuniti@Port Dickson 2024 Siri 10 bertempat di Pejabat t Pendidikan Daerah Port Dickson. Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson.
Antara objektif program adalah untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, hiking, senaman dan aktiviti riadah. Seramai 52 orang peserta telah menyertai program petang tadi.
Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Zainab binti Abu Kasim, Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson, Encik Fahmi bin Ramli, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson, dan Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Semoga program seumpama ini dapat memupuk semangat kesukanan dan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
JELEBU, 11 OKTOBER - Telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Jelebu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pertang. Sambutan pada kali ini dianjurkan bersama Kelab Gimnasium Rakyat Jelebu dengan sokongan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Dan Jelebu.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif serta memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Hari Sukan Negara juga dapat menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan serta meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat Malaysia.
Antara pengisian acara dan aktiviti yang menarik sepanjang program berlangsung ialah, Fun Run, Pertandingan Bola Sepak 7s, Pertandingan Bola Jaring 3x3, Kejohanan E-Sports FIFA & Tekken, Senamrobik, Sukaneka KEMAS, 10 Fit Challenge, Sukan Antara Dun, Pameran “F1 In School”, Petting Zoo, Jualan RAHMAH, Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan Pergigian, Kaunter Zakat, Kaunter Bergerak Majlis Daerah Jelebu dan Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu, Kaunter Tabung Haji, Pameran AADK, Pameran PDK, Pameran Jentera Bomba, Pameran dan Jualan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Lori MILO dan foodtruck.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu. Turut hadir bersama Yang Berhormat Dato’ Ir Haji Bakri Bin Sawir ADUN Klawang, Yang Berhormat Dato’ Mohd Razi Bin Mohd Ali ADUN Sg. Lui, Tuan Abdul Rahim Bin A.Aziz Pegawai Daerah Jelebu, Nurulhaizan Binti Abd Karim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Jelebu En. Mohd Noorkhairizam B Mohd Yusof serta ketua- ketua Jabatan Daerah Jelebu.
Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, semua agensi kerajaan, badan-badan NGO Belia Dan Sukan, penduduk di sekitar Pertang kerana hadir bersama dalam menjayakan program ini.
Diharap semoga program yang dianjurkan ini dapat diteruskan di masa yang akan datang. Majulah sukan untuk negara.
Telah berlansung Program Rakan Muzik Rentak Seni Siri 2 bertempat di Dewan Sri Gemilang Kolej Vokasional Port Dickson.
Bagi pelaksanaan Siri ke 2, seramai 35 orang peserta terdiri daripada remaja dari Bandar Baru Springhill terlibat dalam sesi pembelajaran berkaitan peralatan muzik tradisional yang terdiri daripada Greteh, Tingkah, Canang, Jedor, Tamborin dan juga Gong.
Dibawah bimbingan dan tunjuk ajar En. Eddy bin Osman, Tenaga Pengajar Caklempong dari JKKN Negeri Sembilan diharap menjadi pemankin kepada peserta untuk menimba pengalaman yang berharga untuk mempelajari seni warisan budaya.
Turut hadir pada siri ke 2 ini adalah En. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson serta En Mohd Haniff bin Ahmad Pengerusi Jiran Muda Bandar Baru Springhill.
Program Rakan Muzik : Rentak Seni (Siri /Sesi 2 Tahun 2024) Peringkat Daerah Kuala Pilah
09 Oktober 2024 (Rabu) Kuala Pilah - Telah berlangsung Program Rakan Muzik : Rentak Seni (Siri /Sesi 2 Tahun 2024) Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah beserta agensi/sekolah yang menjadi rakan kerjasama pelaksana iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, SMK Jelai, SM Sains Tuanku Jaafar dan Kolej Vokasional Juasseh.
Program ini disertai seramai 24 pelajar/peserta. Antara pengisian program adalah penerangan, demonstrasi dan latihan bagi tiga (3) jenis Tarian Tradisional Melayu iaitu Tari Silat Randai, Tarian Endang dan Tarian Dabus.
Tari Silat Randai dipimpin oleh *Cikgu Ibrahim bin Ghani (Jurulatih Seni Budaya Negara [JSBN] JKKN N.Sembilan), Tarian Endang dipimpin oleh Cikgu Nur Imanina binti Mohamad Sheenaz (Jurulatih Tarian Endang - PPD Kuala Pilah/JPNNS) dan Tarian Dabus dipimpin oleh Cikgu Syaiful Azlan bin Abdul Jalil (Jurulatih Tarian Dabus - Kelab Seni Dabus Cemara, N.Sembilan)
Turut hadir bersama ialah guru-guru pengiring daripada Kolej Vokasional Juasseh, SM Sains Tuanku Jaafar dan SMK Jelai serta En.Izhar bin Kamis (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah).
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan ianya dapat menyemarakkan lagi semangat mencintai 'Warisan Negara' dikalangan peserta disamping mencetuskan minat yang tinggi kepada mereka kearah menjadi bakal jurulatih dan LULUSAN berAkreditasi Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN).
Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa yang akan datang demi merealisasikan semangat Cintai Seni Warisan Negara dikalangan Rakan Muda.