Majlis Penutup Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (Klas) Renang Fasa 4 Siri 3, 2024 Peringkat Daerah Seremban

SEREMBAN, 20 Disember 2024 (Jumaat) - telah berlangsung Majlis Penutup Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 4 Siri 3, 2024 bertempat di Kolam Renang Awam Paroi, Negeri Sembilan Seremban. Seramai 40 orang peserta telah menamatkan sesi pada kali ini, yang telah di adakan selama 3 minggu.
 
Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta untuk mengurangkan indeks kes kematian akibat lemas di kalangan kanak-kanak.
 
Turut hadir Majlis Penutup Pogram Renang kali ini ialah Pn.Nor Azlina binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan En.Muhammad Syukri Bin Shahriddin, Ketua Pengurus Jurulatih Cawangan Ampang, Renang, RNJ Swimming Academy.
Jutaan terima kasih buat semua agensi yang terlibat dan termasuk ibubapa yang hadir serta memberi komitmen yang tinggi dalam program renang yg julung kali diadakan ini.
 
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mendidik lebih ramai anak-anak tentang kesedaran bagaimana cara menyelamatkan diri semasa berada di dalam air ketika kecemasan.
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search