LIGA FUTSAL KANAK-KANAK BAWAH 8 TAHUN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2024.
Seremban ,27 Oktober 2024 (Ahad) - Telah berlangsung Liga Futsal Kanak-Kanak Bawah 8 Tahun Sempena Hari Sukan Negara 2024, bertempat di Padang Awam, Taman Nusa Intan, (Berhadapan Town House). Program ini merupakan Anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Nusa Intan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Majlis Belia Daerah Seremban.
Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak KRT Taman Nusa Intan seperti Bola Baling, Batu Seremban, Prince Of Penalty, Queen Of Netball, King Of Junggling, Queen Of Archery, dan Walking Football.
Turut hadir memeriahkan program ialah En.Asraff Lee Abdullah, Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional, En.Saiful Izane Bin Saparri, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Taman Nusa, En.Mustaza Bin Mustafa Kamal, Pengerusi Majlis Belia Daerah Seremban dan Pn.Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai dan Sukan Daerah Seremban.
Semoga program seumpama ini dapat melahirkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat serta hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 153
