- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 64
MESYUARAT TEKNIKAL KEJOHANAN SUKAN PERINGKAT DAERAH TAMPIN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KE-77 YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 64
TAMPIN, 21 Februari 2025 (Jumaat) - Mesyuarat Teknikal Kejohanan Sukan Peringkat Daerah Tampin Sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tampin.
Kejohanan yang akan berlangsung pada 26 Februari 2025 ini merupakan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin. Antara acara yang dipertandingkan adalah Bola Tampar, Sepak Takraw, Petanque dan Congkak.
Mesyuarat dijalankan secara fizikal dan atas talian telah dipengerusikan oleh En Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Turut hadir, Cik Noor Syahidah binti Ramlee, Pegawai Unit Majlis dan Keraian Pejabat Daerah dan Tanah Tampin yang seterusnya membuat cabutan undian penentuan kumpulan pertandingan.
Semoga kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.