SKUAD IHSAN MADANI SATRIA RAKAN MUDA KBS @ Jelebu 2025

JELEBU, 20 FEBRUARI - Telah digerakkan satu Skuad Ihsan Madani Satria Rakan Muda KBS untuk membantu mangsa yang terkesan akibat banjir lumpur pada 19 Februari 2025 di sekitar kawasan Klawang.
Hal ini bermula pada awal pagi 19 Februari 2025 sekitar jam 12.00 pagi di mana hujan mulai membasahi bumi Klawang dengan sangat lebat dan menyebabkan beberapa longkang dan kawasan tadahan hujan tidak dapat menampung hujan yang mengakibatkan banjir kilat.
Skuad Ihsan Madani dengan kerjasama APM, PDRM, Bomba, JKM, Rela,PKD, Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Jelebu telah turun ke lokasi-lokasi yang terkesan untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa dengan mengemas dan membersihkan kawasan rumah mangsa.
Semoga semua yang terlibat bertabah dan redha. Doa kami semoga semua dalam keadaan yang selamat dan dipermudah segala urusan.
Mangsa terlibat : 23 keluarga (91 orang)
Pecahan :
Dewasa Lelaki (24)
Dewasa Wanita (27)
Warga Emas L (5)
Warga Emas W (5)
Kanak-kanak L (10)
Kanak-kanak P (16)
Bayi L (3)
Bayi P (1)
Sumber : Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Jelebu
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#teamPBSDJelebu
#JBSNbersama

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search