KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
BANGI, 25 Oktober 2024 - Sedang berlangsung Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2024 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim di Kampus UNITEN awal pagi tadi.
Majlis Penyerahan Bendera Negeri kepada Pengarah Negeri merangkap Ketua Kontinjen juga telah dilaksanakan pada pagi ini. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, telah menerima Bendera Negeri Sembilan yang diserahkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan dengan diiringi oleh Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin.
Sebanyak 4 acara sukan dipertandingkan iaitu pingpong yang diwakili oleh Daerah Jempol, bola tampar yang diwakili oleh Daerah Tampin, sepak takraw diwakili oleh Daerah Jelebu dan bola baling adalah jemputan di Kejohanan ini.
Gelanggang Sudah Dibuka, Pencarian Juara Kini Bermula! 
Ayuh Noghori..kita bangkit bersama 

Sama-sama kita memberi sokongan padu kepada pasukan Noghori kita 

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 138
