- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 105
BADAN OPERASI PBSD PORT DICKSON BANTU PESERTA TAHAP GANGSA GUNA SISTEM PROLOG ARPRM
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 105
Port Dickson, 25 April - Sistem Prolog merupakan sistem yang digunakan oleh peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk merekod aktiviti mereka. Ia dicapai menerusi web https://arprm.kbs.gov.my/. Sehubungan dengan itu, Sekretariat Rakan Muda (SRM) Kolej UNITI Port Dickson telah menjemput wakil dari Badan Operasi (BO) Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson untuk memberikan taklimat serta penerangan berkaitan sistem tersebut bertempat di Makmal Komputer 2, Kolej UNITI Port Dickson, hari ini.
Encik Mohd Azam Zakaria bersama Puan Siti Alifah Hamzah selaku pemimpin ARPRM BO PBSD Port Dickson telah hadir dan memberikan taklimat tentang fungsi dan pengoperasian Sistem Prolog ARPRM kepada 15 orang peserta Tahap Gangsa terdiri daripada pelajar tahun satu Kolej UNITI Port Dickson. Para peserta dikehendaki mendaftar dan log masuk ke akaun masing-masing di komputer yang disediakan. Penerangan dijalankan secara komunikasi dua hala dan hands-on bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada para peserta. Ianya bertujuan untuk memudahkan proses perekodan aktiviti yang telah dijalankan selama 15 jam dalam tempoh tiga bulan.
Di akhir sesi, semua peserta telah dapat mendaftar, log masuk dan memahami cara merekodkan aktiviti ke dalam Sistem Prolog ARPRM. Sesi taklimat dan penerangan Sistem Prolog ARPRM ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memantau perekodan aktiviti peserta.
Turut hadir bersama sepanjang sesi taklimat ialah Encik Syazwan Sha'ari, dan Cik Nurul Aisyiqin Ahmad Kamal dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej UNITI Port Dickson.
#JBSNegara #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM