𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗞𝗥𝗠 𝗝𝗘𝗠𝗣𝗢𝗟 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗕𝗦𝗗 𝗝𝗘𝗠𝗣𝗢𝗟

- 24 April 2025 (Khamis)
- Kompleks Rakan Muda Jempol
SERTING - Jawatankuasa Surau Kompleks Rakan Muda (KRM) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jempol telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Tahun 2025 bertempat di perkarangan bangunan pentadbiran Kompleks Rakan Muda Jempol.
Majlis diserikan dengan kehadiran ketua-ketua jabatan Daerah Jempol bersama wakil agensi Rakan Strategik PBSD Jempol antaranya ialah Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Pejabat Agama Islam Daerah Jempol, dan banyak lagi.
Antara tetamu undangan yang turut hadir ialah Pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, PBSD Kuala Pilah, PBSD Port Dickson, PBSD Jelebu, PBSD Seremban, PBSD Tampin, KOMBES Paroi, JPKK Kg. Bayai Baru, Kelab Belia Felcra Bayai, Kelab Gimnasium Rakyat Jempol, dan ramai lagi.
Menu jamuan Ramah Mesra Aidilfitri tahun ini disediakan secara 'potluck' oleh pegawai dan kakitangan PBSD Jempol bersama Syarikat Pembersihan, Syarikat Keselamatan, Kafeteria KRM Jempol dan AJK Surau KRM Jempol.
Majlis jamuan bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan lagi Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran kami pada tahun ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN  
#MalaysiaMADANI
#TeamKBS
#TeamJBSN9
#PBSDJempol
#JBSNBersama
#suraukrmjempol
JBSNegara JBS Negeri Sembilan

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search