- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 201
??????? ????? ????? : ????? ??? ???? @???????? ?????? ????????? ????????? ?????? ?????? ????? ???? ?⚡
??????? ????? ????? : ????? ??? ???? @???????? ?????? ????????? ????????? ?????? ?????? ????? ???? 

SERTING, 7 Disember 2024 (Sabtu) - Telah diadakan Program Rakan Mahir : Skill For Life @Parlimen Bangku Simenfero Peringkat Daerah Jempol Tahun 2024 bertempat di SMK Bandar Baru Serting.
Seramai 20 orang peserta telah hadir bagi menyertai program ini yang merupakan belia yang berumur di antara 14 sehingga 17 tahun. Program ini merupakan satu platform untuk memberi latihan kemahiran dan pendedahan asas kepada peserta untuk menyediakan bangku simenfero dari mula sehingga siap bangku tersebut.
Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran tidak formal secara Do-It-Yourself untuk mencapai matlamat utama agar para belia mengikuti latihan kemahiran asas seterusnya boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Encik Ab Rahop bin Zakaria, Pengetua SMK Bandar Baru Serting, Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Puan Nor Azimah binti Zakaria, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional SMK Bandar Baru Serting, dan Puan Norasykin binti Mohamad Nor, Pengerusi Persatuan Belia Felcra Bayai.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.
Yakin Boleh, Rakan Muda! 
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 201





