- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 47
MESYUARAT PENYELARASAN KEMAHIRAN LATIHAN ASAS (KLAS) RENANG FASA 1 TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 47
SEREMBAN, 19 MEI 2025- Bertempat di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Kemahiran Latihan Asas Renang (KLAS) Fasa 1 Tahun 2025.
Program ini dijangka akan bermula pada bulan Jun dengan mensasarkan 40 orang peserta yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak 6 hingga 12 tahun dalam kategori B40. Sekolah Tinggi Chung Hua telah dipilih sebagai salah satu tempat bagi melaksanakan KLAS Renang Fasa 1 ini.
Persatuan Finswimming Negeri Sembilan merupakan rakan startegik bagi program ini yang akan dilaksanakan sebanyak 6 siri dengan mensasarkan 80 orang peserta keseluruhan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengetua Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban, Dr Sua Sin Zang. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah YB Tuan Ng Chin Tsai ADUN Temiang, Encik Ravivarma dari Persatuan Finswimming Negeri Sembilan, Puan Siti Suhana binti Mohd Daralsalam dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Cik Reena Norneesha Nordin dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Diharap program ini akan mencapai objektif pelaksanaan seperti yang telah ditetapkan.
#teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9