Seremban, 28 Disember 2024 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Senamrobik Sihat Komuniti Cergas @Seremban bertempat di Surau Al-Fateh, Taman Nusa Intan, Program anjuran, Kelab Senamrobik Lindalin dengan kerjasama Surau Al-Fateh, Taman Nusa Intan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Hadir memeriahkan program senamrobik Tuan.Mohd Osman Bin Mohd Idris, Timbalan Pengerusi Surau Al-Fateh Taman Nusa, Pn.Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai dan Sukan Daerah Seremban dan Pn.Roslindawati, Pengerusi Kelab Senamrobik Lindalin.
Telah diadakan Program Plogging Bersama Komuniti Peringkat Daerah Seremban bertempat di Taman Tasik Seremban. Program ini merupakan satu platform untuk mendidik komuniti dan masyarakat khususnya remaja dan keluarga dalam meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan serta tanggungjawab lestari alam terutamanya di dalam persekitaran sendiri.
Turut hadir bersama-sama dalam program kali ini ialah Pn.Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Pn.Roslindawati Binti Muhamad, Pengerusi Kelab Senamrobik Lindalin dan En.Mohd Arif Bin Razali.Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi yang prihatin menjaga alam sekitar dan membentuk negara bersih pada masa hadapan.
Telah berlangsung Program Senamrobik Sihat Komuniti Cergas @Seremban bertempat di Surau Al-Fateh, Taman Nusa Intan, Program anjuran, Kelab Senamrobik Lindalin dengan kerjasama Surau Al-Fateh, Taman Nusa Intan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Hadir memeriahkan program senamrobik Tuan.Mohd Osman Bin Mohd Idris, Timbalan Pengerusi Surau Al-Fateh Taman Nusa, Pn.Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai dan Sukan Daerah Seremban dan Pn.Roslindawati, Pengerusi Kelab Senamrobik Lindalin.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 4 SIRI 3, 2024 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN
SEREMBAN, 20 Disember 2024 (Jumaat) - telah berlangsung Majlis Penutup Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 4 Siri 3, 2024 bertempat di Kolam Renang Awam Paroi, Negeri Sembilan Seremban. Seramai 40 orang peserta telah menamatkan sesi pada kali ini, yang telah di adakan selama 3 minggu.
Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta untuk mengurangkan indeks kes kematian akibat lemas di kalangan kanak-kanak.
Turut hadir Majlis Penutup Pogram Renang kali ini ialah Pn.Nor Azlina binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan En.Muhammad Syukri Bin Shahriddin, Ketua Pengurus Jurulatih Cawangan Ampang, Renang, RNJ Swimming Academy.
Jutaan terima kasih buat semua agensi yang terlibat dan termasuk ibubapa yang hadir serta memberi komitmen yang tinggi dalam program renang yg julung kali diadakan ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mendidik lebih ramai anak-anak tentang kesedaran bagaimana cara menyelamatkan diri semasa berada di dalam air ketika kecemasan.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 4 SIRI 2, 2024 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN
SEREMBAN, 19 Disember 2024 (Khamis) - telah berlangsung Majlis Penutup Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 4 Siri 2, 2024 bertempat di Kolam Renang Awam Paroi, Negeri Sembilan Seremban. Seramai 40 orang peserta telah menamatkan sesi pada kali ini, yang telah di adakan selama 3 minggu.
Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta untuk mengurangkan indeks kes kematian akibat lemas di kalangan kanak-kanak.
Turut hadir Majlis Penutup Pogram Renang kali ini ialah Pn.Nor Azlina binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan En.Muhammad Syukri Bin Shahriddin, Ketua Pengurus Jurulatih Cawangan Ampang, Renang, RNJ Swimming Academy.
Jutaan terima kasih buat semua agensi yang terlibat dan termasuk ibubapa yang hadir serta memberi komitmen yang tinggi dalam program renang yg julung kali diadakan ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mendidik lebih ramai anak-anak tentang kesedaran bagaimana cara menyelamatkan diri semasa berada di dalam air ketika kecemasan.
PAROI, 20 Disember 2024 - Bertempat di Bilik Serbaguna Kombes Paroi telah berlangsung sesi Ceramah Kesedaran Awam Keselamatan Kebakaran yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan di Jabatan dan juga wakil dari setiap Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Dalam sesi ceramah ini pihak jabatan telah menjemput Tuan Afizan bin Omar merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan serta Encik Muhammad Amer Aiman bin Mohd Adli, Pegawai Bomba Bantuan.
Tujuan ceramah ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan berkaitan peranan serta tanggungjawab Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) dalam menguruskan pencegahan kebakaran, latihan keselamatan kebakaran di premis dan sebagai “Responden Pertama” mengurus kecemasan kebakaran di premis.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat diatas kesudian meluangkan masa untuk sesi ceramah ini serta perkongsian maklumat yang berkesan dan terperinci yang telah disampaikan pada warga kerja jabatan ini.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 4 SIRI 1, 2024 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN.
SEREMBAN, 18 Disember 2024 (Rabu) - telah berlangsung Majlis Penutup Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 4 Siri 1, 2024 bertempat di Kolam Renang Awam Paroi, Negeri Sembilan Seremban. Seramai 40 orang peserta telah menamatkan sesi pada kali ini, yang telah di adakan selama 3 minggu.
Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta untuk mengurangkan indeks kes kematian akibat lemas di kalangan kanak-kanak.
Turut hadir Majlis Penutup Pogram Renang kali ini ialah Pn.Nor Azlina binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan En.Muhamad Zaharul Fitri Halmie Bin Abdul Hamid Jurulatih Renang, RNJ Swimming Academy.
Jutaan terima kasih buat semua agensi yang terlibat dan termasuk ibubapa yang hadir serta memberi komitmen yang tinggi dalam program renang yg julung kali diadakan ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mendidik lebih ramai anak-anak tentang kesedaran bagaimana cara menyelamatkan diri semasa berada di dalam air ketika kecemasan.
KUNJUNGAN PENANDA ARAS JBSN NEGERI SEMBILAN KE PBSD MANJUNG ERATKAN UKHWAH ANTARA JABATAN
MANJUNG, 18 Disember 2024 - Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menerima lawatan kunjung hormat & penanda aras daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Lawatan tersebut diketuai oleh Penolong Pengarah Sukan JBSN Negeri Sembilan Encik Rosdi bin Pilus serta barisan kakitangan JBSN Negeri Sembilan yang terdiri daripada Pegawai-pegawai PBSD Negeri Sembilan.
Sesi suai kenal serta perkongsian idea telah diadakan bagi memantapkan lagi dari segi pengurusan serta pelaksanaan program sesama agensi. Diharap dengan lawatan ini dapat membina jalinan kerjasama dan mengeratkan ukhwah sesama pegawai serta memperluas lagi idea tidak kira untuk belia, sukan dan rakan muda.
Misi Bantuan Banjir Skuad Ihsan MADANI x SATRIA Rakan Muda KBS di PPS SK Sg. Kelamah
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hari ini berkesempatan untuk menyampaikan barangan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sg. Kelamah, Tampin, Negeri Sembilan
Barangan seperti makanan kering, pakaian dalam wanita, kelengkapan tidur dan lain-lain telah diserahkan secara terus kepada 56 keluarga yang terkesan
Misi ini mendapat kerjasama erat dari Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Decathlon Malaysia, Pusat Belia Antarabangsa dan semestinya Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
Turut hadir dalam misi ini adalah YB Tuan Suhaimizan Bizar, ADUN Gemencheh, En. Syamsul Tahrin Mohd Tahir, TKP (Rakan Muda) JBSN serta En. Ahmad Syarifuddin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan
Moga mangsa banjir terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini