MESYUARAT PENYELARASAN DAN TEKNIKAL BAGI PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025

27.05.2025, SEREMBAN - Matlamat untuk Malaysia mencapai status negara sukan tidak hanya memfokuskan kepada pencapaian sukan berprestasi tinggi tetapi yang paling utama adalah untuk membangunkan ekosistem budaya sukan ke arah kesejahteraan rakyat secara holistik. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai usaha dan pendekatan yang komprehensif perlu digerakkan dengan kerjasama kementerian dan pemegang taruh seperti persatuan-persatuan sukan.
Dalam usaha menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban akan melaksanakan Program 1000 Liga Peringkat Daerah Seremban Tahun 2025 yang mempertandingkan 5 acara sukan iaitu Olahraga, Petanque, Dart, Ping Pong dan Catur. Program ini akan berlangsung pada bulan Jun sehingga Ogos 2025.
Satu Mesyuarat Penyelarasan dan Teknikal telah berlangsung pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dan di pengerusikan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Mesyuarat kali ini membincangkan penyelarasan program dari segi peraturan, penyertaan, tarikh dan tempat program. Selain daripada itu juga, peranan setiap kelab/persatuan yang telah dilantik sebagai urusetia teknikal sepanjang program ini berlangsung.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini Encik Muhammad Mahfuz bin Mohd Yusop, mewakili Aquatic Dart Club (ADC), Encik Atif bin Sheikh Ismail, dari Persatuan Petanque Negeri Sembilan, Encik Muhammad Akmal bin Jamaludin, mewakili Scorpions Table Tennis Club serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Semoga program yang dirancang bersama akan berjalan dengan lancar dan jayanya serta kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang dalam pembangunan sukan masyarakat terutamanya di peringkat akar umbi di daerah Seremban.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#1000ligaseremban2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search