PROGRAM LIGA TAEKWONDO ARENA PERWIRA 2025

24 Mei 2025 (Sabtu), Rantau - Taekwondo ataupun Tae Kwon Do merupakan seni bela diri Korea yang paling terkenal. Dalam bahasa Korea, Tae bermaksud "tendangan atau menendang"; Kwon bermaksud "tumbukan atau menumbuk" dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
Telah berlangsung Liga Taekwondo Arena Perwira 2025 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Rantau dengan penyertaan seramai 172 orang. Liga ini di anjurkan oleh Perang Perwira Taekwondo WTF dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Liga ini mempertandingkan Acara Poomsae bagi Individu dan Berpasangan (Lelaki dan Perempuan) serta Acara Kyorugi bagi Lelaki dan Perempuan. Terdapat 5 pecahan kategori umur iaitu Kategori A (bawah 7 tahun), Kategori B (bawah 9 tahun), Kategori C (bawah 12 tahun), Kategori D (bawah 14 tahun) dan Kategori E (atas 15 tahun). Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Muhd Ridhuan bin Abdullah Sani, Presiden Pusat Latihan Teakwondo Arena Perwira dan Puan Norzuhaida binti Mohd Zaki, Pengurus Arena Perwira.
Tahniah dan syabas buat semua pemenang. Semoga pertandingan ini menjadi platform dan batu loncatan buat semua peserta untuk lebih maju lagi di masa akan datang.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search