JELAJAH TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA DAERAH PORT DICKSON Siri 1 & 2

Port Dickson, 23 Mei - Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertujuan untuk memberi pengiktirafan oleh pihak kerajaan atas penglibatan remaja Malaysia yang berumur antara 14 hingga 25 tahun dalam bidang-bidang yang menyumbang kepada proses pembangunan belia melalui pendekatan 10 Gaya Hidup Rakan Muda. ARPRM juga merupakan sebuah program ikonik bertaraf antarabangsa yang mengguna pakai model The Duke of Edinburgh’s International Award dari London, United Kingdom. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson telah bersepakat untuk melaksanakan Program Jelajah Taklimat ARPRM Daerah Port Dickson bermula bulan Mei 2025. Program jelajah ini akan melibatkan 13 buah sekolah menengah di sekitar daerah Port Dickson adalah untuk memberi pendedahan dan menarik minat para pelajar berumur 14 hingga 18 tahun menyertai ARPRM.
Sehubungan dengan itu, pada 21 Mei 2025 yang lalu Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Rakan Muda telah hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Saujana dan SMK Dato Mohd Yusof untuk memberikan taklimat ARPRM dan pendedahan tentang kelebihan menyertai program anugerah yang berprestij ini. Antara lainnya adalah pemegang tahap ARPRM akan diberikan markah tambahan di dalam buku rekod Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sebanyak 5 markah untuk Tahap Gangsa, 7 markah untuk Tahap Perak dan 10 markah untuk Tahap Emas.
Sesi Taklimat ARPRM Daerah Port Dickson Siri 1 & 2 ini telah dihadiri oleh seramai 450 orang pelajar SMK Bukit Saujana dan 250 orang pelajar SMK Datuk Muhammad Yusof. Turut hadir dalam sesi taklimat ini adalah Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum dari kedua-dua buah sekolah terlibat, Puan Zuraidah Mat Ratin dan Puan Siti Alifah Hamzah dari PBSD Port Dickson.
YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA!
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search