- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 60
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA POLIS DAERAH TAMPIN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 60
20 Mei 2025, Tampin - Pejabat Ini telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Ydh Supt. Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara dua agensi di daerah ini.
Kunjungan hormat ini bukan sahaja menjadi platform untuk bertukar pandangan dan idea, malah membuktikan komitmen kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama dalam memperkasakan pembangunan belia dan sukan di daerah ini khasnya.
Hadir sama dalam kunjungan tersebut ASP Muhammad Ridhwan bin Hj. Ghazali, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin manakala Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin diwakili oleh En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.