JELEBU, 16 Mei 2025 - Telah berlangsung Sesi Mengadap Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad Dato’ Undang Luak Jelebu bertempat di Balai Undang Luak Jelebu. Sesi ini bertujuan untuk bersuai kenal bersama dengan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) yang baharu dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu (PBSD Jelebu) yang baru bertukar masuk. Selain itu pihak JBSNS turut memaklumkan tentang perancangan program - program sepanjang tahun selain bertukar pendapat dan maklumat. Sesi ini telah dihadiri oleh Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Junaine binti Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Semoga dengan adanya sesi begini dapat melancarkan program dan urusan di peringkat Negeri Sembilan dan di peringkat Daerah Jelebu. #teamKBS #teamJBSN9 #teamPBSDJelebu
Rembau, 15 Mei 2025 (Khamis) – Sambutan Hari Belia Negara disambut setiap tahun iaitu pada 15 Mei sebagai pengiktirafan oleh kerajaan terhadap peranan dan sumbangan belia yang banyak memainkan peranan secara signifikan dalam arus perdana pembangunan negara. Lebih dari 550 orang termasuk petugas, sukarelawan dan kumpulan persembahan memenuhi segenap ruang Dewan IKTBN Chembong bagi menyerikan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Rembau 2025 yang bertemakan ‘YAKIN BOLEH’. Tujuh segmen (port) mengisi aktiviti sepanjang program bagi menyemarakkan lagi suasana dan bahang sambutan HBN di peringkat akar umbi ini. Antaranya ialah Port Fit Malaysia (Senamrobik Perdana), Port Jana Duit (Sesi Perkongsian Y-Hub Negeri Sembilan), Port FYP (Himpunan Pempengaruh Belia), Port Healing (WOW Truck), Port Gaming (Mini Tournment E-Sport), Port Santai Janji Sampai (Pameran agensi) dan Port Seni (Persembahan Nasyid dan Busker). Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Haji Idris, ADUN Kawasan Chembong bersama YB Tuan Suhaimi bin Aini, ADUN Kawasan Kota, Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah IKTBN Chembong, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau dan En. Muhammad Faries Faizal bin Shamsul, Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau. Turut hadir Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan selaku pegawai pemantau perjalanan program serta beberapa ketua jabatan dan wakil agensi pentadbiran daerah ini. Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perancangan, persiapan dan pelaksanan program kali ini. Belia Penentu Masa Depan Negara. Yakin Boleh. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNbersama #rakanmuda #PBSDRembau #MBDRembau @followers
Port Dickson, 15 Mei - Hari Belia Negara yang lazimnya disambut pada 15 Mei setiap tahun merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan belia kepada Negara yang melibatkan penyertaan belia secara inklusif merentasi lapisan bangsa, status ekonomi dan demografi di peringkat akar umbi serta relevan dengan kehendak belia yang berkonsepkan "Dari Belia Untuk Belia". Dengan mengekalkan tema "Yakin Boleh" seperti garis panduan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sambutan Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2025 Daerah Port Dickson telah berlangsung meriah bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Penglibatan 700 orang peserta terdiri dari Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson, badan-badan gabungan, pelajar KVPD, pelajar sekolah serta agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) telah memenuhi Dewan Seri Gemilang seawal jam 07.00 pagi. Program sambutan ini telah direalisasikan melalui 8 port/segmen pilihan seperti Port Makan-Makan, Port Jana Duit, Port Healing, Port Santai Janji Sampai, Port Seni dan Port Sukan serta Pavilion MBD Port Dickson dan Pavilion Rakan Muda. Dua acara telah dipertandingkan melalui Port Sukan : Pertandingan Mobile Legend dan Port Seni : Pertandingan Kanvas PD View. Pemilihan port/segmen dan pertandingan ini dilaksanakan bagi membuka peluang dan ruang kepada golongan belia untuk berkarya, mencabar keupayaan fizikal dan mental serta menyerlahkan potensi diri di samping memupuk bakat kepimpinan di peringkat belia awal dalam menyahut cabaran Kerajaan yang menetapkan had umur belia pada 30 tahun menjelang 2026. Selain itu, penglibatan pameran berbentuk informatif dan interaktif dari agensi Kerajaan, swasta dan NGO di sepanjang program berlangsung turut memberikan impak yang besar dalam para belia yang hadir. Acara sambutan dilengkapi dengan lafaz bacaan Ikrar Belia Malaysia yang dipimpin oleh Saudara Muhammad Syakir Zufayr telah dilaungkan dengan penuh bersemangat bersama semua peserta sambil disaksikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nor Azman Mohamad, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bersama dif-dif kehormat yang lain. Seterusnya Yang Berbahagia Ustaz Nor Azman Mohamad menyampaikan amanatnya kepada para belia harapan Negara sekaligus merasmikan Program Semarak HBN 2025 Daerah Port Dickson pada edisi kali ini. Semoga program sambutan ini dapat memenuhi keperluan bagi penyediaan platform strategik kepada pemegang taruh untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan belia di peringkat akar umbi di masa akan datang. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi Kerajaan, swasta dan NGO serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Semarak Hari Belia Negara 2025 Daerah Port Dickson pada hari ini. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Belia Daerah Port Dickson #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #RakanMuda #YakinBoleh belia.my #MBDPortDickson #MenggerakBelia
Seremban, 15 Mei 2025 (Khamis) – Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Seremban 2025 telah berlangsung dengan meriah di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau, Seremban yang melibatkan lebih 500 orang peserta. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Seremban dan Gerakan Belia 4B Cawangan Seremban. Program bermula seawal jam 7.45 pagi dengan Port Fit Komuniti: Senamrobik & Zumba yang berlangsung penuh semangat dan energetik. Kemeriahan diteruskan dengan pelbagai pengisian menarik seperti Port Santai Janji Sampai yang menampilkan aktiviti kuiz kenegaraan dan patriotisme, serta Port Terapi Jiwa yang mendapat sokongan daripada Dr. Saraiza Abu Bakar, Pakar Perunding Otorinolaringologi, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Selain itu, turut diadakan Port Rakan Muda, saringan kesihatan, sukan dalaman yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti Rembau, serta pameran agensi melibatkan AADK, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Hospital HSIS dan Rakan Muda. Terdapat juga pertandingan seperti Dam, Sahibba dan Teka Silang Kata yang turut dikendalikan oleh Kolej Komuniti Rembau. Program diakhiri dengan Port Seni yang menampilkan pengenalan kepada Asas Seni Tari dan Asas Seni Bela Diri Taekwondo. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Nuruddin bin Zainol Razak, mewakili Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional & NGO, Exco Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Turut hadir dalam majlis ini ialah: • Encik Razali bin Md Taib, Pengetua SMK Mambau • Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia & Sukan Daerah Seremban • Puan Nur Azalina binti Mohamed Adam, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Seremban • Encik Mohd Fairos Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan • Encik Mustaza bin Mustafa Kamal, Pengerusi Majlis Belia Daerah Seremban • Dr. Haslina binti Hasan, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban • Puan Amalina binti Zainal, Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Rembau • Puan Asrifah binti Sharif, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Mambau • Pemimpin-pemimpin persatuan belia daerah Seremban, guru-guru serta para pelajar SMK Mambau Encik Ahmad Syarifuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan turut turun padang meninjau pelaksanaan program ini. Beliau sempat meluangkan masa beramah mesra bersama Pengetua SMK Mambau, para pempamer dan instruktur serta pelajar SMK Mambau. Turut terlibat dalam penganjuran program ini ialah Puan Fairuz M. Nor, Puan Reena Nornisha binti Nordin dan Encik Mohd Khushairi bin Zainal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Seremban 2025. Adalah diharapkan agar melalui jalinan kerjasama dan penganjuran program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia mengenai peranan penting mereka dalam pembangunan negara. Hannah Yeoh; Adam Adli; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara #TeamJBSN #JBSNBersama #TeamKBS #TeamJBSN9 #TeamPBSDSeremban #MBDSeremban #MenggerakBelia
SERTING, 15 Mei 2025 - Telah berlangsungnya Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Jempol yang bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol pada hari ini. Program ini telah melibatkan seramai 600 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar-pelajar sekolah, belia-belia di jempol dan luar jempol, penjawat-penjawat awam kerajaan dan swasta, ibu-bapa, dan masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti Larian HBN Jempol Challenge 2025, 10,000 langkah Jelajah ANMS, Pertandingan Karaoke Terbuka Jempol, Senamrobik, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, sesi townhall bersama belia, pameran agensi kerajaan dan swasta, pameran agensi badan beruniform (skuad wira), pemeriksaan kesihatan, jualan makan-minum, dan Jualan Rahmah Madani. Program telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Shamsulkahar Bin Hj. Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM). Turut hadir dalam perasmian ialah YB Dato' Mohd Zaidy Bin Abdul Kadir, ADUN Jeram Padang, En. Mohd Haris Bin Abd Rahman, wakil YDP MPJL, Tuan ASP Anas Bin Reduan, wakil Ketua Polis Daerah Jempol, IR. Hairol Pa Ize Bin Aziz, Jurutera Daerah Jempol, Dr. Muhammad Hilmi Bin mahmud, wakil Pegawai Kesihatan daerah Jempol, En. Nor Rashidi Bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, En. Mohd Fairos Bin Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, En. Faizal Bin Othman, Pengerusi Majlis Belia Daerah Jempol, ketua-ketua jabatan, dan wakil ketua jabatan. Terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta selaku rakan strategik, persatuan-persatuan gabungan Majlis Belia Daerah Jempol, Kelab kecergasan Bahau, Persatuan Belia Felcra Bayai, dan sukarelawan-sukarelawan yang telah membantu dalam menjayakan program pada hari ini. Semoga dengan terlaksananya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada belia-belia, peserta dan masyarakat setempat dan sebagai medan membina jaringan, menimba pengalaman, dan mencabar keupayaan diri. #MalaysiaMadani #TeamKBS #JBSNBersama #HBN #hbnjempol #pbsdjempol #mbdjempol #yakinboleh
15 Mei 2025 Jelebu - Telah berlangsung Program Semarak Hari Belia Negara 2025 Peringkat Daerah Jelebu yang dianjurkan bersama Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri. 9 segmen aktiviti telah disajikan untuk para pengunjung antaranya Port Santai Janji Sampai, Port Fit Malaysia, Port Makan, Port Jana Duit, Port Healing, Port Gaming, Pavilion Persatuan Belia, Pavilion Rakan Muda dan Port Gaya & Trend. Program turut dimeriahkan lagi dengan kehadiraan trak minum percuma dari porduk MILO dan Oligo. Port Fit Malaysia telah menjadi acara pembukaan program iaitu Fun Walk sejauh 800 meter yang disertai 300 orang peserta telah disempurnakan majlis pelepasannya oleh YB Dato' Ir. Hj. Bakri bin Sawir, ADUN Klawang. Semarak HBN Jelebu turut menampilkan jemputan khas artis yang juga motivator iaitu Dr. Ezanny Nizariff bagi membantu pelajar yang bakal menghadapi SPM pada tahun ini merangka hala tuju masa depan mereka. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Razi bin Mohd Ali, ADUN Sungai Lui mewakili YB Datuk Seri Jalaluddin bin Hj. Alias, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu. Turut hadir Tuan Abdul Rahim bin A. Aziz, Pegawai Daerah Jelebu, Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Encik Razaiwan bin Yunus, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Jempol Jelebu, Puan Aini Rozita bin Ahmad, Pengetua SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri, Encik Fauzan bin Aziz, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu, Ketua-ketua Jabatan dan wakil Ketua Jabatan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada pentadbiran SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri yang telah berbesar hati sudi menjadi tuan rumah bagi Program Semarak Hari Belia Negara pada tahun ini serta agensi-agensi kerajaan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Semarak HBN 2025 pada hari ini. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #pbsdjelebu #semarakhbn2025 #hbn2025
Port Dickson, 14 Mei - Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) yang saban tahun disambut di peringkat daerah adalah untuk meraikan para belia serta memberi pengiktirafan terhadap pembangunan belia di peringkat akar umbi. Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson juga tidak ketinggalan dalam merealisasikan program ini bersama rakan strategik Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson. Seawal jam 3.00 petang, kerja-kerja persiapan tempat untuk Program Semarak HBN 2025 Daerah Port Dickson telah bermula di Dewan Seri Gemilang, KVPD. Petugas-petugas dari MBD Port Dickson yang diketuai oleh Encik Arumugam Ganasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Logistik Program ini, telah membuat susunatur di dalam dewan tersebut. Para pempamer dari agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta badan-badan gabungan MBD Port Dickson turut hadir bersama untuk menjalankan kerja-kerja persiapan terakhir. Satu perbincangan ringkas bagi menilai kerja-kerja persiapan tempat dan susunatur telah diadakan di ruang pentas Dewan Seri Gemilang KVPD. Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson menyemak silang beberapa perkara yang melibatkan tentatif majlis perasmian, sistem audio bunyi, tayangan video dan protokol tetamu kehormat. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada pegawai dan kakitangan PBSD Port Dickson dan kepada barisan ahli jawatankuasa MBD Port Dickson yang hadir bersama. Beliau mengharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan baik mengikut seperti perancangan yang telah dibuat. Dengan beberapa pindaan dan perubahan kecil, kerja-kerja persiapan tempat diteruskan lagi dengan seliaan dari Puan Zuraidah Mat Ratin selaku Pegawai Penyelaras program ini sambil dibantu oleh pegawai dan kakitangan PBSD Port Dickson yang lain. #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #MBDPortDickson #MenggerakBelia
TAMPIN, 15 Mei 2025 – Golongan belia merupakan kelompok masyarakat yang perlu diberi perhatian dan pengiktirafan di semua peringkat sebagai langkah melestarikan budaya belia berpersatuan. Tanggal 15 Mei setiap tahun telah diwartakan sebagai sambutan Hari Belia Negara yang sudah pastinya dinantikan oleh seluruh masyarakat belia Malaysia. Bertemakan ‘Yakin Boleh’, pagi tadi berlangsungnya program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tampin Tahun 2025 bertempat di SMK Tunku Syed Idrus, Tampin. Lebih daripada 713 orang belia daripada Majlis Belia Daerah Tampin serta gabungan NGO dan pelajar sekolah sekitar Tampin hadir memeriahkan sambutan dan aktiviti yang telah diadakan. Pelaksanaan program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang menyumbang ke arah kemeriahan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 17 – 18 Mei 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Sambutan di Daerah Tampin pada 14 - 15 Mei 2025 melibatkan 8 Port/Segmen dan 10 Aktiviti. Antaranya Port Fit Malaysia: Langkah Aktif dan Street Soccer, Port Gaming: Mobile Legend Tournament, Port Lepak Santai Janji Sampai: Sesi Dialog bersama MPC dan Konvoi Sahabat Belia, Port Seni: Youth Voice Battle dan Persona Warisan Fashion Show, Port Jana Duit: Karnival Pendidikan dan Kerjaya, Port Skuad Wira: Demonstrasi Skuad Wira Bomba, Port Makan-Makan: Makan Street dan Pavillon Rakan Muda: Promosi dan Pendaftaran Rakan Muda. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin. Turut hadir memeriahkan majlis ini, YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, ADUN Gemencheh, Encik Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras Dun Gemas, Tuan Haji Mohamad Isa bin Wahab, Pengetua Cemerlang SMK Tunku Syed Idrus, En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Zarif Asyraf bin Norazmi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung bagi pelaksanaan program ini. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan lagi demi pembangunan belia di daerah Tampin khasnya. Yakin Boleh Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNBersama #pbsdtampin
PAROI, 14 Mei 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSN9) telah menerima sesi kunjung hormat dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan. Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBSN9 bersama Timbalan Pengarah, Puan Junainie binti Mohamad, Penolong Pengarah, Encik Rosdi bin Pilus dan Pegawai Rakan Muda, Azmee Amar Azwan menyambut kehadiran Pengarah JKKN Negeri Sembilan, Puan Mazidah binti Mustapha bersama Penolong Pengarah Cik Rosdianah binti Roman. Kedua-dua Jabatan telah berkongsi fungsi, peranan dan tanggungjawab Jabatan masing dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Antara tujuan utama sesi kunjung hormat ini adalah pelaksanaan Pelancaran Senam Seni 2.0 yang bakal dilancarkan pada 14 Jun 2025 bertempat di Bukit Ramunia, Gemencheh sempena Negeri Sembilan 7 Wonders Challenge 2.0. JBNS9 komited dalam sebarang bentuk kerjasama dalam perlaksanaan program bersama JKKN Negeri Sembilan. Semoga sesi pertemuan membuka lembaran baharu buat kedua-dua Jabatan dalam mengeratkan kerjasama seterusnya menjadi rakan strategik yang mampu memberi impak kepada masyarakat.