- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 47
PROGRAM RENTAP ANAK KAMPUNG 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 47
TAMPIN, 5 Julai 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Rentap Anak Kampung 2025 bertempat di Dataran Gemas, Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus. Program ini dianjurkan oleh Kelab Mixed Martial Art Al Fath Waghih dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat baru di Daerah Tampin dalam sukan seni mempertahankan diri. Selain dari pendedahan kepada masyarakat berkenaan amalan gaya hidup sihat melalui sukan tempur. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pertunjukkan muaythai y kru, muayboran, seni silat, light sparring, shadow box, mini esport, pameran dan jualan.
Program ini telah dirasmi kan oleh YB Dato' Mohd Isam bin Hj Mohd Isa, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Turut hadir bersama ialah En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Tuan ASP Mohd Rodzi bin Masa'at Ketua Polis Balai Gemas, En. Mohd Firdauz bin Shariff wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, YBhg Dato' Mohd Ridzuan bin Abdullah Presiden Muaythai Negeri Sembilan dan En. Muhammad Aizuddin bin Mohd Nasir Presiden Kelab Mixed Martial Art Al Fath Waghih.
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin