PERTANDINGAN PETANQUE 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025

05 JULAI 2025, Seremban - Telah berlangsung Pertandingan Petanque 1000 Liga Peringkat Daerah Seremban bertempat di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Tan Sri Dato Hj Mohd Said, Seremban 2 dengan penyertaan seramai 128 orang dengan mempertandingkan 2 kategori iaitu Kategori Perseorangan Lelaki dan Perseorangan Wanita. Pertandingan dimulakan pada jam 8.00 pagi.
Program yang bertujuan menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Scorpions Table Tennis Club, Persatuan Petanque Negeri Sembilan dan Majlis Sukan Negeri Sembilan. Bagi Kategori Perseorangan Lelaki, Johan di rangkul oleh Ismail bin Badsha. Naib Johan pula jatuh kepada Mohomad Shah bin Ismail dan tempat Ketiga di menangi oleh Mohammad Afi Najmi bin Mohammad manakala bagi Kategori Perseorangan Wanita, Johan telah di raih oleh Nur Asyikin binti Roslan. Naib Johan pula telah di ungguli oleh Qisya Qistina binti Noraimy Halimy dan tempat Ketiga dimenangi oleh Fadziera Damya binti Muhammad Fadzli. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempunakan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#1000ligaseremban2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search