PENCALONAN APBN 2025 WAKIL DAERAH JEMPOL KATEGORI INDIVIDU LELAKI : SDRA. YUSUF TAGIRI BIN ASEP NORJAMAN - TEMPAT KETIGA KATEGORI PERTUBUHAN : PERSATUAN MBFM FELDA PALONG 8 - JOHAN PERSATUAN MBFM FELDA SERTING HILIR 2 - TEMPAT KETIGA TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA : SDRA. ISKANDAR ZULKARNAIN BIN ZAMRI - KATEGORI INDIVIDU LELAKI PERSATUAN BELIA FELCRA BAYAI - KATEGORI PERTUBUHAN TELAH MEWAKILI JEMPOL UNTUK BERTANDING, TAHUN DEPAN KITA CUBA LAGI #MBNNS #HBN2025 #rakanmuda #yakinboleh #jbn9 #PMX #KSN #KPPA Hannah Yeoh #AdamAdli #teamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNegeriSembilan #HBN2025 #JabatanBeliaSukanN9 #YBmenteriKBS #KSN #YBTMKBS #KSUKBS #YBHannahYeoh #APBN #jempol
Kategori Individu Lelaki : JOHAN : Adib bin Abu Bakar (MBFM Jelai 3) NAIB JOHAN : Mohd Syafiq Ikhwan bin Mohd Isam (Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tampin) Kategori Anugerah Khas Presiden : Tokoh Belia Berketrampilan Muhammad Farhan bin Mohd Pilus (ABIM Tampin) Semoga pengiktirafan ini akan menjadi pembakar semangat untuk melahirkan lebih ramai pemimpin belia berkualiti tinggi khususnya di Daerah Tampin dan amnya di Negeri Sembilan pada masa akan datang.
PAROI, 18 Mei 2025. YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri Merangkap Ahli Parlimen Rembau telah merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2025 (HBN2025) dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir Exco-Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syarifruddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YBhg Dr Zuraida binti Mohamed, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Saudara Fairos bin Rusli, Presiden, Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan, Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Rozitta binti Sulaiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Sembilan, ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Sambutan HBN2025 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung pada 17 hingga 18 Mei 2025 dan berjaya menarik lebih 15 ribu orang pengunjung dengan pelbagai acara-acara telah disediakan seperti berikut: Pameran agensi Kaunter bayaran saman JPJ, PDRM & MBS Jualan Rahmah KPDNKK Pertandingan mewarna kanak-kanak Program Plogging Combi Kejohanan Catur Cina Peringkat Negeri Sembilan Himpunan dan Pertandingan Motorshow Kaunter Bayaran Cukai Tanah JKPTG Pertandingan Gemalai Tari HBNS Idol Himpunan Gegadis Gathering MyFuture Job Perkeso Pameran TVET Pertandingan Nasyid Pertandingan Memasak: Hari-Hari Makan Sedap BAHANGNYA TERASA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) & JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT PERINGKAT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 MOH DATANG RAMAI-RAMAI Meriahkan Lagi Sambutan Hari Belia Negara 2025 #MBNNS #HBN2025 #rakanmuda #yakinboleh #jbn9 #PMX #KSN #KPPA Hannah Yeoh#AdamAdli #teamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNegeriSembilan #HBN2025 #JabatanBeliaSukanN9 #YBmenteriKBS #KSN #YBTMKBS #KSUKBS #YBHannahYeoh belia.my
PAROI, 18 Mei 2025 BAHANGNYA TERASA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) & JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 MOH DATANG RAMAI-RAMAI Meriahkan Lagi Sambutan Hari Belia Negara 2025 #MBNNS #HBN2025 #rakanmuda #yakinboleh #jbn9 #PMX #KSN #KPPA Hannah Yeoh #AdamAdli #teamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNegeriSembilan #HBN2025 #JabatanBeliaSukanN9 #YBmenteriKBS #KSN #YBTMKBS #KSUKBS #YBHannahYeoh belia.my
MOH DATANG RAMAI-RAMAI Meriahkan Lagi Sambutan Hari Belia Negara 2025 : 17 & 18 Mei 2025 (Sabtu-Ahad) : Kompleks Belia dan Sukan Paroi Ayuh Warga Belia, Jom turun Ramai-Ramai ke Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan !! #PMX #KSN #KPPA Hannah Yeoh #AdamAdli #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #JBSNBersama #JBSNKomited #HBN2025 #YakinBoleh #RakanMuda #MalaysiaMADANI belia.my
Port Dickson, 16 Mei - Kemeriahan sambutan Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2025 Daerah Port Dickson yang bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Ahmad Syariffuddin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sembilan, semalam. Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson serta pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson bersama Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson dan ahli jawatankuasa MBD Port Dickson. Tuan Ahmad Syariffuddin Sarmin sempat meninjau booth-booth pameran agensi yang disediakan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Port Dickson, Ikatan Relawan (RELA) Daerah Port Dickson, Muzium Lukut, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Port Dickson, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Port Dickson, Grad Malaysia dan Pusat Haemodalisis Harmoni. Di samping itu juga, beliau turut menyaksikan sesi perkongsian oleh GTI Media Sdn Bhd bertajuk Effective CV Writing : Tips and Templates kepada 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun akhir KVPD. Pavilion MBD Port Dickson dan Pavilion Rakan Muda turut mendapat perhatian Tuan Ahmad Syariffuddin Sarmin dalam sesi lawatan beliau. Beliau yang diiringi oleh pegawai dan kakitangan PBSD Port Dickson serta majlis tertinggi MBD Port Dickson menggunakan kesempatan yang ada untuk berkenalan dan beramah mesra dengan badan-badan gabungan MBD Port Dickson yang menjadi tunjang pelaksanaan program Semarak HBN 2025 Daerah Port Dickson pasa edisi kali ini. Tuan Ahmad Syariffuddin Sarmin amat tertarik dan teruja dengan idea MBD Port Dickson iaitu Pertandingan Kanvas Seni : PD View di bawah Port Seni di mana ianya dapat mengumpulkan sebanyak 90 unit lukisan kanvas berkaitan pandangan para belia berumur 13 hingga 17 tahun terhadap Port Dickson. Seterusnya, Tuan Ahmad Syariffuddin Sarmin telah menunggang jentera "all-terrain vehicle" (ATV) mengelilingi kawasan KVPD sambil ditemani oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif dan Encik Dineshkumar Narayanasamy, Timbalan Pengerusi (MBD) Port Dickson. Di akhir sesi lawatan, beliau telah melawat Port Makan-Makan di sebelah Dewan Seri Gemilang KVPD dan menikmati hidangan kopi dari Port Santai Janji Sampai : Coffee Street. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada PBSD Port Dickson serta MBD Port Dickson selaku rakan strategik pelaksanaan Program Semarak HBN 2025 Daerah Port Dickson. Beliau mengharapkan agar jalinan kerjasama dan ini akan diteruskan lagi demi pembangunan serta pemerkasaan belia dalam daerah Port Dickson, dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Turut hadir bersama dalam sesi lawatan ialah Encik Mohammad Shafie Hamir, Pengarah KVPD dan Encik Nor Fazal Adura Nordin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, KVPD. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan Majlis Belia Daerah Port Dickson #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #MBDPortDickson #MenggerakBelia
JELEBU, 16 Mei 2025 - Telah berlangsung Sesi Mengadap Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad Dato’ Undang Luak Jelebu bertempat di Balai Undang Luak Jelebu. Sesi ini bertujuan untuk bersuai kenal bersama dengan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) yang baharu dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu (PBSD Jelebu) yang baru bertukar masuk. Selain itu pihak JBSNS turut memaklumkan tentang perancangan program - program sepanjang tahun selain bertukar pendapat dan maklumat. Sesi ini telah dihadiri oleh Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Junaine binti Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Semoga dengan adanya sesi begini dapat melancarkan program dan urusan di peringkat Negeri Sembilan dan di peringkat Daerah Jelebu. #teamKBS #teamJBSN9 #teamPBSDJelebu
Rembau, 15 Mei 2025 (Khamis) – Sambutan Hari Belia Negara disambut setiap tahun iaitu pada 15 Mei sebagai pengiktirafan oleh kerajaan terhadap peranan dan sumbangan belia yang banyak memainkan peranan secara signifikan dalam arus perdana pembangunan negara. Lebih dari 550 orang termasuk petugas, sukarelawan dan kumpulan persembahan memenuhi segenap ruang Dewan IKTBN Chembong bagi menyerikan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Rembau 2025 yang bertemakan ‘YAKIN BOLEH’. Tujuh segmen (port) mengisi aktiviti sepanjang program bagi menyemarakkan lagi suasana dan bahang sambutan HBN di peringkat akar umbi ini. Antaranya ialah Port Fit Malaysia (Senamrobik Perdana), Port Jana Duit (Sesi Perkongsian Y-Hub Negeri Sembilan), Port FYP (Himpunan Pempengaruh Belia), Port Healing (WOW Truck), Port Gaming (Mini Tournment E-Sport), Port Santai Janji Sampai (Pameran agensi) dan Port Seni (Persembahan Nasyid dan Busker). Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Haji Idris, ADUN Kawasan Chembong bersama YB Tuan Suhaimi bin Aini, ADUN Kawasan Kota, Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah IKTBN Chembong, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau dan En. Muhammad Faries Faizal bin Shamsul, Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau. Turut hadir Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan selaku pegawai pemantau perjalanan program serta beberapa ketua jabatan dan wakil agensi pentadbiran daerah ini. Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perancangan, persiapan dan pelaksanan program kali ini. Belia Penentu Masa Depan Negara. Yakin Boleh. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNbersama #rakanmuda #PBSDRembau #MBDRembau @followers
Port Dickson, 15 Mei - Hari Belia Negara yang lazimnya disambut pada 15 Mei setiap tahun merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan belia kepada Negara yang melibatkan penyertaan belia secara inklusif merentasi lapisan bangsa, status ekonomi dan demografi di peringkat akar umbi serta relevan dengan kehendak belia yang berkonsepkan "Dari Belia Untuk Belia". Dengan mengekalkan tema "Yakin Boleh" seperti garis panduan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sambutan Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2025 Daerah Port Dickson telah berlangsung meriah bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Penglibatan 700 orang peserta terdiri dari Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson, badan-badan gabungan, pelajar KVPD, pelajar sekolah serta agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) telah memenuhi Dewan Seri Gemilang seawal jam 07.00 pagi. Program sambutan ini telah direalisasikan melalui 8 port/segmen pilihan seperti Port Makan-Makan, Port Jana Duit, Port Healing, Port Santai Janji Sampai, Port Seni dan Port Sukan serta Pavilion MBD Port Dickson dan Pavilion Rakan Muda. Dua acara telah dipertandingkan melalui Port Sukan : Pertandingan Mobile Legend dan Port Seni : Pertandingan Kanvas PD View. Pemilihan port/segmen dan pertandingan ini dilaksanakan bagi membuka peluang dan ruang kepada golongan belia untuk berkarya, mencabar keupayaan fizikal dan mental serta menyerlahkan potensi diri di samping memupuk bakat kepimpinan di peringkat belia awal dalam menyahut cabaran Kerajaan yang menetapkan had umur belia pada 30 tahun menjelang 2026. Selain itu, penglibatan pameran berbentuk informatif dan interaktif dari agensi Kerajaan, swasta dan NGO di sepanjang program berlangsung turut memberikan impak yang besar dalam para belia yang hadir. Acara sambutan dilengkapi dengan lafaz bacaan Ikrar Belia Malaysia yang dipimpin oleh Saudara Muhammad Syakir Zufayr telah dilaungkan dengan penuh bersemangat bersama semua peserta sambil disaksikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nor Azman Mohamad, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bersama dif-dif kehormat yang lain. Seterusnya Yang Berbahagia Ustaz Nor Azman Mohamad menyampaikan amanatnya kepada para belia harapan Negara sekaligus merasmikan Program Semarak HBN 2025 Daerah Port Dickson pada edisi kali ini. Semoga program sambutan ini dapat memenuhi keperluan bagi penyediaan platform strategik kepada pemegang taruh untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan belia di peringkat akar umbi di masa akan datang. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi Kerajaan, swasta dan NGO serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Semarak Hari Belia Negara 2025 Daerah Port Dickson pada hari ini. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Belia Daerah Port Dickson #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson #TeamKBS #TeamJBSNS #RakanMuda #YakinBoleh belia.my #MBDPortDickson #MenggerakBelia