- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 31
KUNJUNG HORMAT BERSAMA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH JEMPOL DAN JELEBU
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 31
SERTING, 28 Julai 2025 - Satu sesi kunjung hormat telah diadakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol bersama Tuan Moskaya Kama bin Mohamed, Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu, dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu pada hari ini.
Sesi kunjung hormat bermula dengan perkenalan dari En. Nor Rashidi bin Ramdzan selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol yang baharu. Agenda perbincangan adalah mengenai pelaksanaan Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dan Program Kem Belia 2025 Peringkat Daerah Jempol.
En. Nor Rashidi telah membentangkan serba sedikit berkaitan perjalanan program-program yang akan dilaksanakan. Tuan Pegawai PPD Jempol telah memberi sokongan penuh dalam pelaksanaan program ini dan akan memberikan penyertaan dari kalangan guru-guru dan pelajar bagi program-program yang akan dilaksanakan.
Sesi kunjung hormat juga telah dihadiri bersama oleh En. Mohd Saiful bin Abdul Talib, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Semoga sesi kunjung hormat ini dapat membantu dalam melancarkan lagi perjalanan Kursus Pemimpin ARPRM dan Program Kem Belia 2025 Peringkat Daerah Jempol.
#MalaysiaMADANI
#JBSNBersama
#pbsdjempol
#ppdjempol
#rakanmudaofficial
#arprm
#kembeliajempol2025