PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 Tampin 27 Julai 2025 (Ahad) - Kompleks Arena Dataran Tampin sekali lagi menjadi medan kehangatan dan kemeriahan penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 bagi

Tampin 27 Julai 2025 (Ahad) - Kompleks Arena Dataran Tampin sekali lagi menjadi medan kehangatan dan kemeriahan penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 bagi Pertandingan Sepak Takraw.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin selaku penganjur utama kejohanan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tampin (SRCC) dan di sokong rapat oleh Persatuan Sepak Takraw Daerah Tampin.
Sebanyak 16 pasukan berentap bagi merebut gelaran juara dan naib juara seterusnya mewakili daerah ini ke peringkat negeri.
Tepat jam 9.00 pagi, pengadil memulakan perlawanan pertama bagi kesemua kumpulan.
Pertandingan ini diserikan lagi dengan kehadiran En. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan beserta Pn. Siti Suhana binti Mohd Daralsalam selaku Pegawai Pemantau Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Manakala majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin yang menyaksikan perlawanan akhir seterusnya menyempurnakan sesi penyampaian hadiah.
Kejohanan pada kali ini diungguli oleh Pasukan Suka-Suka, Pasukan Sg. Kelamah 'B' selaku pemenang tempat kedua dan Pasukan Hospital Tampin 'B' dan Pasukan Pancaindera 'B' di tempat ketiga bersama.
Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search