7 Mac 2025 (Jumaat) - Telah berlangsung Pertandingan Hafazan Al Quran Program Rakan Muda Ramadhan Daerah Port Dickson 2025 bertempat di SMA Telok Kemang. Seramai 20 orang peserta yang berumur 13 - 17 tahun terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini mendapat kerjasama yang erat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson serta Sekolah Menengah Agama Telok Kemang. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Fazeerul Akmar bin Ahmad Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Menengah & Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah. Turut hadir bersama adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson Tn. Hj Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman serta Pengetua SMA Telok Kemang Hj. Ahmad Zulfakor bin Darusa. Jom Sertai Rakan Muda ย Layari pautan https://www.kbs.gov.my/rakanmuda untuk Sertai Rakan Muda. YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA ย #Teamkbs #Teamjbsn #Teamjbsns #Teampbsdpd #Yakinboleh #Rakanmuda
TAMPIN , 7 Mac 2025 (Jumaat) - Program Rakan Muda Ramadan merupakan salah satu platform kepada golongan belia untuk menjalani bulan Ramadan dengan pengisian aktiviti ibadah yang bermanfaat dan bermakna. Selain dari itu, program ini juga dapat membina semangat disiplin diri, semangat kemasyarakatan dan interaksi komuniti. Pagi tadi, bertempat di Sekolah Menengah Agama Repah (SMART) Tampin telah diadakan Pertandingan Musabaqah Hafazan Al-Quran dan Nasyid bagi mencari bakat dan persiapan mewakili daerah ini ke peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 20 Mac 2025 bertempat di International Youth Centre (IYC) Cheras, Kuala Lumpur. Masing-masing 5 peserta hafazan lelaki dan perempuan berentap di pusingan akhir setelah mengetepikan cabaran 36 peserta bagi kedua-dua kategori yang diadakan selama dua hari. Sementara bagi pertandingan nasyid pula disertai sebanyak 5 kumpulan mewakili setiap tingkatan. Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Tuan Hj Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu, Pengetua SMA Repah. Turut hadir menyerikan program dan sesi penyampaian hadiah adalah Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Rakan Muda Rakan Ekspresi. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNbersama #rakanmuda #teampbsdtampin
Seremban, 7 Mac 2025 (Jumaat) - Telah berlangsung Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Seremban bertempat di Dewan Dโ Persada Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Dua pertandingan telah dilaksanakan semasa program ini berlangsung iaitu Pertandingan Nasyid Berkumpulan dan Pertandingan Hafazan kategori lelaki dan wanita. 12 kumpulan telah menyertai Pertandingan Nasyid Berkumpulan dan 14 orang peserta telah menyertai Pertandingan Hafazan. Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Jamil Aris bin Haron, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Turut serta dalam majlis penyampaian hadiah dan sijil ini adalah Puan Cindy Sigau selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Puan Hjh Norhayati binti Hashim, GPK Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Guru-guru Penolong Kanan serta guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor. Turut terlibat dan hadir juga ialah Puan Nor Azlina binti Abd Karim dan En Mohd Khushairi bin Zainal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ucapan khas diutuskan kepada pengetua dan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor kerana telah membenarkan program kali ini dilaksanakan di sini. Pejabat ini juga berharap dengan kerjasama dua hala ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. SMK Panchor #pbsdseremban #jbsns9 #MalaysiaMADANI #RakanMudaRamadan #RakanEkspresi
- 28 Februari 2025 (Jumaat) - Bilik Mesyuarat JKKR Felda Palong 8 JEMPOL - Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 memberi saingan bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 dalam kategori pertubuhan. Penyertaan sulong persatuan tersebut mewakili belia felda di daerah Jempol ini adalah bukti kesungguhan dan komitmen mereka untuk menyertai APBN 2025 pada kali ini. APBN merupakan platform bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan dan pencapaian golongan belia dan pertubuhan belia di Malaysia yang memberikan impak signifikan dalam pembangunan negara. Sesi penilaian berlangsung di Bilik Mesyuarat JKKR Felda Palong 8 dan panel penilai diketuai oleh Pn. Faridah binti Hj Saini, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Pn. Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah MARA Negeri Sembilan, En. Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan En. Muhammad Shukri bin Zainuddin, Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan. Turut hadir memberi sokongan ialah Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Belia JBS Negeri Sembilan, En. Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Sdra. Tauwfek bin Hj Maslam, Naib Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan merangkap Pengerusi MBFM Wilayah Raja Alias, En. Azman bin Mad Nawi, Penasihat Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 dan En. Faizal bin Zolkafli, Penyelaras Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8. Sesi taklimat telah dibentangkan oleh Sdra. Ismail bin Salim, Pengerusi Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 bersama barisan kepimpinan dan AJK persatuan. Seramai 50 orang telah menyertai sesi penilaian tersebut di kalangan ahli-ahli persatuan dan wakil-wakil agensi dan komuniti setempat. Dalam pada itu juga, para panel penilai turut membuat lawatan ke beberapa lokasi projek usahawan belia yang berkaitan di Felda Palong 8. Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan kepimpinan Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 atas usaha dan komitmen bagi menyertai penilaian APBN kali ini. Semoga beroleh kejayaan dan kemenangan nanti. InshaAllah! ย #APBN2025 #JBSNKomited #jbsn9 #pbsdjempol #MalaysiaMADANI #fypใท JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Persatuan Belia (MBFM) Felda Palong 08
- 28 Februari 2025 (Jumaat) - Balairaya Kg Bayai Baru JEMPOL - Persatuan Belia Felcra Bayai menyahut cabaran dan memberi saingan untuk mewakili Daerah Jempol bagi menyertai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 dalam kategori pertubuhan. APBN merupakan platform bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan dan pencapaian golongan belia dan pertubuhan belia di Malaysia yang memberikan impak signifikan dalam pembangunan negara. Sesi penilaian telahpun berlangsung di Balairaya Kg Bayai Baru dan panel penilai diketuai oleh Pn. Faridah binti Hj Saini, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Pn. Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah MARA Negeri Sembilan, En. Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan En. Muhammad Shukri bin Zainuddin, Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan. Turut hadir memberi sokongan ialah Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Belia JBS Negeri Sembilan, En. Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, En. Encik Mohd Haniff Hafizuddin, Pengurus Felcra Kawasan Serting, En. Mohd Shahrudin bin Abdul Aziz, Penghulu DUN Serting, En. Mohd Nazri bin Rosli, Pengerusi JPKK Kg Bayai Baru merangkap Penasihat Persatuan Belia Felcra Bayai dan En. Zamrud bin Alias, Pengerusi JPKK Kg Bayai Lama. Sesi taklimat telah dibentangkan oleh Pn. Norasykin binti Mohamad Nor, Pengerusi Persatuan Belia Felcra Bayai bersama barisan kepimpinan dan AJK persatuan. Seramai 40 orang telah menyertai sesi penilaian tersebut di kalangan ahli-ahli persatuan dan wakil-wakil agensi dan komuniti setempat. Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan kepimpinan Persatuan Belia Felcra Bayai atas usaha dan tenaga bagi persiapan dokumentasi pembentangan sesi penilaian kali ini. Semoga beroleh kejayaan dan kemenangan nanti. InshaAllah! ย #APBN2025 #JBSNKomited #jbsn9 #pbsdjempol #MalaysiaMADANI #fypใท JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara PERSATUAN BELIA FELCRA BAYAI
- 27 Februari 2025 (Khamis) - KOMBES Negeri Sembilan SEREMBAN - Satu program 'mantai' sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Sembilan dengan penglibatan bersama warga kerja JBS Negeri Sembilan, APBM Port Dickson, pekerja-pekerja syarikat pembersihan dan keselamatan KOMBES Negeri Sembilan. Mantai Ramadan merupakan adat tradisi masyarakat Negeri Sembilan beberapa hari sebelum ketibaan bulan puasa. Pada hari tersebut, masyarakat akan berkumpul untuk melapah daging bersama-sama. Setelah selesai, daging tersebut akan dimasak dan dihidangkan sebagai hidangan untuk menjamu tetamu. Program mantai Ramadan ini adalah anjuran JBS Negeri Sembilan dengan kerjasama Jawatankuasa Surau An-Nur KOMBES Negeri Sembilan, Kelab WARIS (Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan) dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Para pegawai dan kakitangan bergotong-royong memasak juadah rendang daging, membakar lemang dan pelbagai masakan kampung untuk menu jamuan makan tengahari dan minum petang. Turut diadakan Majlis Penyampaian sumbangan khas kepada pekerja-pekerja Pembersihan dan Keselamatan di KOMBES Negeri Sembilan dan agihan buah kurma untuk semua pegawai dan kakitangan telah disampaikan oleh Pengarah JBS Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin. Hadir bersama adalah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah (Belia), Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah (Sukan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Surau An-Nur KOMBES Negeri Sembilan dan Encik Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman, YDP Kelab WARIS. Semoga kita semua diberkati dalam menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkah. ย #RamadanKareem #MalaysiaMADANI #JBSNBersama #TeamJBSN9 #JKSurauKombesN9 #KelabWARIS #fypใทใviralใท JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
- 27 Februari 2025 (Khamis) - Bilik Mesyuarat KRM Jempol JEMPOL - Program Ceramah Agama Ambang Ramadan 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Kompleks Rakan Muda (KRM) Jempol dengan penglibatan bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jempol bersama-sama pekerja syarikat pembersihan dan keselamatan KRM Jempol. Ceramah Ambang Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Nur Hairin bin Khamis, Penolong Pegawai Kanan Hal Ehwal Agama Islam, Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol. Program Ambang Ramadan ini adalah anjuran PBSD Jempol dengan kerjasama Jawatankuasa Surau KRM Jempol. Turut diadakan Majlis Penyampaian buah kurma kepada pegawai dan kakitangan PBSD Jempol, syarikat pembersihan dan keselamatan di KRM Jempol. Turut hadir sama En. Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol. Seramai 20 orang telah menyertai program ini. Semoga kita semua diberkati dalam menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkah. ย #RamadanKareem #MalaysiaMADANI #JBSNBersama #TeamJBSN9 #KRMJempol #fypใทใviralใท JBS Negeri Sembilan JBSNegara
PORT DICKSON, 26 Februari 2025 (Rabu) - Kursus Kecergasan Fizikal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah diadakan di Pusat Latihan DRB - HICOM, Port Dickson. Kursus tersebut diadakan selama 3 hari bermula 24 hingga 26 Februari 2025 yang telah dihadiri seramai 25 orang pegawai di bawah Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (MACA) seluruh Malaysia. Antara objektif kursus ini diadakan adalah bagi mengenal pasti, mengurus dan membangunkan modul ujian kecergasan dengan betul bagi memastikan ketepatan dalam penilaian kecergasan fizikal dan mengaplikasikan ujian mengikut keperluan SPRM. Kursus ini telah dirasmikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah (Akademik dan Latihan Asas) MACA, Tuan Mohd Saud Ayutollah Bin Abdul Manan. Turut hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Siti Suhana binti Mohd DaralSalam, Pegawai Kecergasan Nasional. Semoga kursus ini dapat diaplikasikan setanding dengan keperluan dan kehendak agensi disamping dalam meningkatkan kecergasan fizikal.
TAMPIN, 26 Februari 2025 (Rabu) - Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) merupakan platform bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan dan pencapaian belia Malaysia yang memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara. Hari ini telah diadakan Sesi Penilaian APBN Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 bagi Kategori Pertubuhan Belia. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Tampin menjadi pertubuhan tunggal mewakili daerah ini bagi bersaing dalam kategori pertubuhan belia. Sesi penilaian diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan panel penilai diketuai oleh Pn. Faridah binti Haji Saini, Ketua Penolong Pengarah JKM Negeri Sembilan, Puan Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah Pejabat MARA Negeri Sembilan, En. Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan En. Muhammad Shukri bin Zainuddin, Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan. Turut hadir memberi sokongan, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi dan seluruh ahli jawatankuasa ABIM atas usaha dan tenaga bagi persiapan dokumen pembentangan sesi penilaian ini. Belia Penentu Masa Depan Negara.