- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 74
MESYUARAT PENYELARASAN MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI 2025 DAERAH SEREMBAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 74
10 JULAI 2025, Seremban – Program Malaysia Aktif@Komuniti 2025 adalah program yang menyemai budaya aktif melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik, joging, berbasikal, berlari, mendaki dan aktiviti yang berkaitan dengan sukan kecergasan. Satu mesyuarat penyelarasan bagi program tersebut telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Mesyuarat ini membincangkan penyelarasan dan perancangan aktiviti bagi program tersebut yang akan dilaksanakan sebanyak 12 siri bermula dari bulan Ogos sehingga Oktober 2025. Selain daripada itu, mesyuarat ini juga menjadi salah satu platform suaikenal di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama penggiat-penggiat sukan kecergasan di daerah Seremban khususnya. Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini adalah:
Puan Zalina binti Zainal dari Kelab Kecergasan Energetic Gemilang;
Puan Khairina binti Zait, Puan Zakiyah binti Hj. Mohd Sehat, dan Puan Norazah binti Aziz dari Kelab Senamrobik Sihat Harmoni;
Puan Roslindawati binti Muhamad, Norhayati binti Abdul Hamid dan Nur Shamiza binti Azmi dari Kelab Senamrobik Lindalin;
Puan Sabrina binti Abu Bakar dari Kelab Senamrobik Ceria Seremban serta
Cik Reena Nornisha binti Nordin, Pegawai Pembangunan Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Semoga dengan adanya penyelarasan ini diharapakan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kerjasama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang khususnya untuk memperkasakan lagi pembangunan sukan kecergasan di daerah Seremban.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#malaysiaaktif@komuniti2025