- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 52
KBS SERIUS LESTARIKAN KESIHATAN DAN KECERGASAN KOMUNITI SEJAGAT
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 52
Rembau, 11 Julai 2025 (Jumaat) – Lebih 50 orang ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Rembau menghangatkan Mini Aerobikthon Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Rembau 2025 (Siri 1) di Dewan D’Hazr IPD Rembau. Meriah dengan penuh warna, program berlangsung seawal jam 8.00 pagi ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau bersama Kelab Senamrobik Aura Sihat Rembau.
Program ini menjadi pentas terbaik untuk warga PERKEP IPD Rembau memulakan hari dengan aktiviti kecergasan selain memupuk semangat komuniti yang sihat dan ceria seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Rata – rata peserta persatuan yang dianggotai oleh isteri-isteri anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pegawai dan anggota polis wanita mengakui dan menyatakan secara optimis bahawa program seumpama ini wajar dilaksanakan lebih kerap dalam memainkan peranan penting untuk menjaga kebajikan, memberikan sokongan moral, dan menjadi tulang belakang kepada pegawai polis dan keluarga mereka.
Mencuri perhatian ramai, kehadiran Ybhg. Puan Suwati binti Suratman, Pengerusi PERKEP IPD Rembau yang turut bersama sebagai peserta selama 90 minit dengan disajikan pelbagai rentak muzik dan gerakan. Hadir bersama menyerikan program, Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau dan Puan Hazlina binti Hazelan, Pengerusi Kelab Senamrobik Aura Sihat Rembau.
Badan Sihat, Hati Pun Gembira.
Komuniti Kuat Melalui Gaya Hidup Sihat.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#teamPBSDR
#JBSNBersama
#rakanmuda
#rakanaktif
#pbsdrembau
#IPDrembau
#PERKEPipdrembau