KUNJUNGAN SILATURAHIM OLEH MAJLIS BELIA INDIA (MIYC) SEREMBAN DAN RASAH

9 Julai 2025 | Seremban – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban sentiasa mengalu-alukan kehadiran NGO Belia dan Sukan ke Pejabat bagi perkongsian idea & pendapat. Barisan kepimpinan Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Rasah & Seremban yang terdiri daripada saudara Hemanath Siyamalaruban, Ketua Cawangan MIYC Rasah, Kirthanambigai Subramaniam, Setiausaha MIYC Seremban dan Hillary Hema Jeyarat Jhonson, Ketua Wanita MIYC Rasah telah mengunjungi Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan barisan kakitangan PBSD Seremban untuk bertukar pandangan dan idea untuk pembangunan belia daerah Seremban khususnya.
Kunjungan ini membuka ruang berkenalan lebih dekat dan bertukar pandangan berkaitan prospek program pembangunan belia, sukan dan rakan muda.
Semoga pertemuan ini menjadi langkah awal kepada kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search