- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 68
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 (SIRI 4)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 68
TAMPIN, 9 Julai 2025 (Rabu) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 4) bertempat di Klinik Kesihatan Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Kelab Senamrobik Sihat Anggun dengan kerjasama Klinik Kesihatan Gemas dan Kelab Wargaemas Klinik Kesihatan Gemas.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan yang bertujuan menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dr. Mohamad Shafiq bin Salmi wakil Klinik Kesihatan Gemas, Turut hadir bersama ialah Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Noor Fisah binti Mohamed, Presiden Kelab Senamrobik Sihat Anggun.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin