FIESTA RAKAN MUDA DAERAH PORT DICKSON 2025 RANCAKKAN PERSAINGAN SIHAT ANTARA SEKOLAH MENENGAH

Port Dickson, 10 Julai - Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Port Dickson telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 01 hingga 02 Julai 2025 untuk Pertandingan Kawad Kaki bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Si Rusa manakala pada 10 Julai 2025 untuk Pertandingan Doodles Art dan Pertandingan Inovasi Kitar Semula bertempat di SMK Pasir Panjang. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson.
Pertandingan Kawad Kaki bagi Kategori Sekolah Rendah diadakan pada pada 01 hingga 02 Julai 2025 melibatkan 19 buah sekolah rendah manakala bagi Kategori Sekolah Menengah pada 02 Julai 2025 melibatkan 10 buah sekolah. Pertandingan Kawad Kaki ini disertai oleh 35 orang pelajar dalam satu pasukan. Pasukan yang bertanding merupakan pasukan badan beruniform seperti Kadet Polis, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Kadet Bomba dan Persatuan Pengakap Malaysia. Kategori yang dipertandingkan melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah serta kawad kaki individu.
Kemuncak Program Fiesta Rakan Muda ini adalah pada 10 Julai 2025 yang melibatkan 10 buah sekolah menengah di daerah Port Dickson bagi pelaksanaan Pertandingan Doodles Art dan Pertandingan Inovasi Kitar Semula. Para peserta diberikan masa tiga jam untuk menyelesaikan lukisan Doodles Art dan menghasilkan ciptaan inovasi dari barangan terpakai.
Pertandingan Doodles Art telah dimenangi oleh Muhammad Nur Adam Ramzi dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah dengan markah sebanyak 81.3% manakala Naib Juara dimenangi oleh Nadrah Atiya Mohd Adra Gadaffi dari SMK Kg Baru Si Rusa dengan markah 80%. Bagi tempat ketiga pula dimenangi oleh Jesson Max Jaidi dari SMK Kg Baru Si Rusa dengan markah 73% manakala tempat keempat bersama dikongsi oleh Nor Amira Batrisya Norazmi dari SMA Chuah dan Nur Qaseh Amani Abdul Razali SMK Yam Tuan Radin dengan markah 70.7‰.
Seterusnya bagi Pertandingan Inovasi Kitar Semula melibatkan juri jemputan dari SWM Operasi Wilayah Negeri Sembilan, Kolej UNITI Port Dickson dan Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson. Pertandingan ini telah diungguli oleh SMK Dato Haji Abdul Samad yang merekacipta Shake Generator dan diikuti oleh SMK Tinggi Port Dickson sebagai Naib Juara dengan penghasilan Relaxing Lamp. SMK Yam Tuan Radin dengan ciptaan Eco Air Cooler mendapat tempat ketiga manakala tempat keempat dikongsi bersama
SMK Tanah Merah dengan hasil inovasi 3R Broom dan SMK Pasir Panjang dengan rekacipta Arca Penyu.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dirasmikan oleh Puan Rohaliza Mat Yasim, Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Port Dickson. Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Port Dickson, Pengetua SMK Pasir Panjang dan Encik Khairi Kamarudin, Pengerusi MBD Port Dickson.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamPPDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#MBDPortDickson #MenggerakBelia

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search