- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 46
15 ORANG BELIA SERTAI BENGKEL AI FOR BUSINESS : PROGRAM RAKAN MAHIR SKILLS FOR LIFE @MADANI SIRI 1 PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 46
PORT DICKSON, 08 Julai - Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda memandang serius terhadap kebolehpasaran dan kepentingan bidang kemahiran untuk para belia pada masa kini. Sehubungan itu melalui Gaya Hidup Rakan Mahir, satu inisiatif telah diwujudkan iaitu Program Skills For Life @Madani. Program ini bertujuan untuk menyediakan akses kepada golongan belia dan masyarakat setempat untuk mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian serta membantu meningkatkan pendapatan mereka melalui peluang pekerjaan atau keusahawanan.
Setelah meneliti minat dan permintaan belia setempat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson telah menganjurkan Bengkel AI For Business : Program Skills For Life @Madani Siri 1 Peringkat Daerah Port Dickson Tahun 2025 bertempat di Pusat Sebaran Informasi Nasional (NADI) Pekan Lukut, hari ini. Bengkel yang disertai oleh 15 orang belia ini bermula seawal jam 08.30 pagi. Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Port Dickson.
Sesi pembelajaran dikendalikan oleh Puan Norhidayah binti Nasir, Pengurus NADI Pekan Lukut selaku tenaga pengajar. Bagi siri 1, para belia didedahkan dengan pengenalan dan kelebihan AI dalam kehidupan seharian dan dalam bidang kemahiran. Antara modul yang dipersembahkan ialah ChatGPT, Leonardo.AI, Runway.ML, Voicemaker dan Suno AI. Kesemua aplikasi atau laman sesawang ini berupaya membantu meningkatkan kemahiran AI dalam penciptaan produk akhir seperti rekaan poster, iklan, video dan lain-lain lagi.
Para peserta dapat menjalani bengkel secara terus atau hands-on kerana setiap peserta dibekalkan set komputer lengkap dengan sambungan Internet yang boleh digunakan di dalam Pusat NADI tersebut. Bengkel berjalan dengan lancar dengan menggunakan kaedah komunikasi dua hala. Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu pengetahuan dari tenaga pengajar. Di akhir bengkel, peserta telah dapat mencipta satu produk melalui sesi pembelajaran menggunakan aplikasi AI yang tersedia.
Bengkel berakhir pada jam 03.30 petang dengan sesi penyampaian sijil kepada para peserta dan tenaga pengajar. Turut hadir bersama ialah Puan Azuraini Abd Majid, Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson dan Encik Jeffry Azly Johari, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lukut.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN
#TeamPBSDPortDickson #TeamRakanMuda
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda #RakanMahir