FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH JELEBU 2025

11 Julai 2025, Jelebu - Telah berlansung Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Jelebu 2025 bertempat di SMK Undang Jelebu.
Pelaksanaan program ini adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda untuk menunjukkan bakat, kreativiti, dan kepemimpinan mereka dalam pelbagai bidang. Program yang memupuk semangat kerjasama, inovasi dan daya saing yang sihat melalui aktiviti - aktiviti yang relevan dengan kehendak masa kini telah disertai oleh seramai 400 orang peserta yang terdiri pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Daerah Jelebu.
Terdapat 3 acara yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Kawad Kaki secara maya, Pertandingan Doodle Art dan Pertandingan Inovasi Kitar Semula. Para pemenang setiap acara akan mewakili daerah Jelebu ke Pertandingan Perinngkat Negeri pada 16 Julai 2025 bertempat di KRM Jempol. Program kolaborasi yang diadakan pada hari ini telah dirasmikan penutupannya oleh En Anuar bin Rahim Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol/Jelebu.
Program yang mendapat kerjasama dari rakan strategik penganjuran iaitu, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol/Jelebu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, SW Corp Cawangan Jelebu, RELA Daerah Jelebu, Balai BOMBA dan Penyelamat Kuala Klawang dan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Persatuan Belia Dinamik Barat turut dihadiri oleh Tuan Haji Noorulhuda bin Haji Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu , En. Muhammad Fadzli bin Hamid Pengetua SMK Undang Jelebu serta En Azmee Amar Azwan bin Mustafa Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Terima kasih diucapkan kepada, semua pihak yang membantu menjayakan Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Jelebu 2025 samada secara lansung atau tidak lansung. Semoga penganjuran program seperti ini dapat menarik minat golongan muda untuk meneroka dan menyerlahkan bakat dalam usaha untuk membentuk Generasi Madani.
#fiestarakanmuda
#frm2025
#inovasikitarsemula
#doodleart
#beliajelebu
#jelebu
#pbsdjelebu
#jbsn9
#teamkbs
#jbsnegara
#pmx
#tpm1
#ksn
#ybm
#ybtm
#ksukbs

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search